Rumah yang usang dan kelihatan lusuh jangan ingat tidak boleh diubahsuai menjadi dan cantik dan kelihatan mewah elegan tau. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah dua tingkat ini setelah berjaya ubahsuai rumah 2 tingkat lama kepada konsep baru. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai transformasi rumah lama kepada gaya baru. Pemiliknya telah ubahsuai rumah 2 tingkat lama dan menukarkanya kepada homestay yang diberi nama jiran58guesthouse.
Boleh dikatakan menarik juga perkongsian pada kali ini. Mana tidaknya sebelum ini rumah ini hanya rumah 2 tingkat biasa sahaja. Setelah diubahsuai terus kelihatan sangat mewah dan sangat cantik sekali dengan dekorasi dalaman serta perabot yang menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Kediaman lama ini telah berusia lebih dari 30 tahun.Kediaman ini di Taiping, Perak.Kekemasan asas mengunakan lantai asal, concrete slab, warna putih, slab dapur asaldan perabot yang minimum.Pemilihan warna betul, menjadikan ruang luas dan segar dari keadaan asal.
Ini adalah keadaan bentuk rumah dari pandangan luar rumah selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah dari sudut pandangan berbeza sebelum dan selepas diubahsuai dengan gaya baru.
Ini adalah keadaan ruang bilik sebelum dan selepas diubahsuai dengan gaya baru yang sangat cantik dan kelihatan mewah.
Ini adalah keadaan dapur sebelum dan selepas diubahsuai dengan konsep baru.
Gambar penuh keadaan dapur.
Gambar penuh keadaan ruang tamu.