Ruang tamu adalah ruang yang cukup penting bagi setiap rumah kediaman. Kebiasaannya, pemilik rumah akan melakukan dekorasi pada bahagian ruang tamu terlebih dahulu kerana ruang ini sering menjadi tumpuan apabila tetamu datang berkunjung dan juga ruang untuk keluarga berkumpul. Perkongsian pada kali ini adalah dari Princess Rizsya. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco ruang tamu kosong kepada gaya ringkas yang cukup kemas.
Jom ikuti perkongsian menarik ini.
Hanya nak kongsi deko ruang tamu yang ringkas berkeluasan 20x22.
Tak banyak simpan barang takut penuh pula.
Dekorasi yang sangat simple. Tinggal letak aircond sahaja lagi dan jam itu pun macam kecil pula. Mahu cari yang besar lagi.
Tema adalah hitam, putih, dan kelabu.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai. Pada ketika ini, ruang tamu masih kosong lagi.
Ruang tamu dari sudut pandangan berbeza.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumah selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Bahagian ruang menonton tv selepas diubahsuai.
Ruang tempat letak tv selepas diubahsuai.
Bahagian ruang rehat setelah sofa ditukar.
Ruang tamu rumah ini memang agak luas.
Keadaaan bahagian sliding door rumah dihiasi dengan langsir baru yang agak kelihatan mewah.
Untuk bahagian dapur pula, ini adalah dekorasi dapur kecil milik keluarga mereka. Belum habis deko lagi, masih lagi di dalam proses mencantikkan lagi ruang ini. Pada ketika ini pemilik rumah baru sahaja selesai mengemas. Mereka baru berpindah rumah 4 bulan yang lalu.
Susunan yang agak kemas pada bahagian table top dapur ini dengan barangan elektronik dan rempah di bahagian rak atas.
Bahagian ruang sinki setelah diubahsuai.
Tempat meletakkan botol dan bekas minuman.
Bahagian barangan elektronik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.