Tinggal dirumah teres yang mempunyai ruang terhad memang agak sukar untuk didekorasikan dengan bermacam gaya. Hal ini kerana jika anda mempunyai ruang yang agak sempit, sukar untuk letakkan peralatan seperti mesin basuh dan peti sejuk. Jadi tidak salah jika anda memikirkan cara lain untuk memastikan ruang rumah anda mampu untuk memuatkan barangan yang penting untuk kerja harian anda. Perkongsian kali ini adalah dari Hayden Shah. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai ruang belakang rumah hasilkan "laundry area" konsep industri.
Memang semua orang menyedari bahawasanya jika tinggal dirumah teres yang agak sempit kawasan bahagian laudry memang tidak anda. Jadi jika anda mahu membuat bahagian kawasan laundry ini anda perlu memikirkan cara lain seperti menambahbaikan kawasan belakang rumah untuk dijadikan kawasan laudry rumah anda.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.
Salam semuaSharing idea untuk laundry area.Maximumkan ruang extra belakang rumah untuk hasilkan ruang ni.Tema industrial .
Ini adalah keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru. Memang kawasan ini sebelum diubahsuai keadaannya kosong sahaja.
Ini pula adalah keadaan belakang rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya baru iaitu konsep industri. Size ruang ni 11ft x 5ft.