Tidak semua orang dilahirkan terus dalam keadaan senang. Ramai di kalangan kita yang masih bertungkus-lumus untuk memastikan dapat menyara keluarga dan pastikan tinggal dalam keadaan selesa. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah dari Shamira Mira. Beliau ingin berkongsian mengenai ubahsuai kepada konsep "istana papan terbuang".
Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah kerana beliau bermula dari sekeping papan untuk membuat rumah dan kini sudah menjadi istana untuk keluarganya.
Kami bermula hanya dengan sekeping papan.
Yang diberi nama Istana Papan Terbuang
Disini bermulalah kisah istana papan terbuang.
Berlantaikan papan berdindingkan langsir. Masa ni kami 6 beranak sudah menginap disini.
Permulaan hanya bilik atas.
Masa ini perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Dapur impian dalam proses.
Proses siapkan dapur dan beranda atas.
Alhamdulillah rezeki tahun 2021 kami tambah ruang tamu bawah dan bilik atas.
Masa ni ruang tamu sudah hampir siap.
Proses-proses pengubahsuaian sedang giat dilakukan.
Dinding atas kami guna shera board lebar 1kaki panjang saya tak ingat.
Masa ni proses bim atas.
Ruang tamu utama sesudah melantai. Lantai masih belum kering lagi.
Masa ni dinding belum plaster. Tapi saya sudah kemas bagi anak-anak selesa nak main disini.
Proses plaster dinding dalam.
Ada yang tanya lepas tambah ruang tamu bawah dan bilik atas beranda sudah tak ada ke? Jawapanya masih ada beranda. Tapi buat jenis tertutup ada dinding sebab kawasan rumah banyak monyet liar. Jadi terpaksa tutup demi keselamatan anak-anak. Ini keadaan dalam rumah bilik atas tapi bajet kurang. Jadi siapkan dinding luar duhulu buat masa ini. Ada modal baru buat dinding dan pintu bilik. Kira jadi ruang tamu ketiga. Tema atas ini 100% rumah papan lama.
Siang malam panas hujan gigih tunaikan permintaan isteri.
Ruang tamu asal. Sekarang jadi ruang menonton tv.
Ini yang terkini ruang dari luar.
Tapi belum siap sepenuhnye atas belum cat lagi sebab tinggi.
Saya guna nippon dark grey dan putih.
Pagar guna besi C
Ruang tamu baru terkini.
Saya suka suasana redup macam ni
Dapur masih bersepah belum buat kabinet gantung tema farmhouse.
Sebelum cat.
Diy labu manis dari knitwear lama.
Tempurung kelapa jadi pasu ranting kayu jadi pelapik.
Masa ni belum cat lagi ruang tamu baru.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat dijadikan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai rumah.