Ubahsuai Kediaman Semi-D Guna Konsep "Hotel Mewah"

Ditulis oleh

Siapa yang tidak mahu memiliki rumah yang mempunyai dekorasi mewah ala-ala hotel mewah bukan? Boleh dikatakan semua orang mahu rumah seperti itu. Hal ini kerana dengan mempunyai rumah yang cantik anda dapat tinggal dalam keadaan selesa dan ceria. Untuk perkongsian kita pada hari ini adalah dari Cik Piyya yang ingin berkongsi mengenai Ubahsuai kediaman semi-D menjadi kediaman ala-ala hotel mewah bajet.

Disebabkan keselesaan yang menjadi keutamaan. Beliau terlebih dahulu merancang dengan teliti bagaimana susu n atur yang mahu dipakai sebelum melakukan pengubahsuaian rumah. Hal ini adalah bagi mengelakkan dekorasi yang mahu dilakukan nanti tidak dibuat sambil lewa dan disamping dapat menjimatkan kos apabila mengubahsuai rumah.

Dengan bajet yang dikeluarkanm sekitar 30k, beliau telah mengambil masa selama 5 bulan untuk memastikan rumahnya siap diubahsuai. Hasilnya beliau berjaya mengubahsuai rumah yang dulu hanyalah kediaman semi-D tetapu sekarang sudah menjadi seperti hotel mewah.

Transformasi Rumah Semi-D Kepada Rumah ala-ala Hotel Mewah Bajet :

Ini adalah keadaan sebelum rumahnya diubahsuai.

Ini pula adalah keadaan ruang makan rumahnya apabila selesai diubahsuai. Apa yang menarik dekorasi yang dilakukan pada ruang makan adalah dekorasi pada dinding ruang makan tersebut. Dekorasi dinding yang bercorak seperti batik itu membuatkan ruang makan ini lebih ceria disamping dengan gambar lukisan kehijauan daun yang mampu membuatkan ruang itu bertambah ceria.

Ini adalah keadaan ruang tamu rumahnya setelah selesai diubahsuai. Susunan barangan dan perabot rumahnya jelas menampakkan pemilik rumah ini mementingkan kekemasan supaya rumah sentiasa kelihatan cantik dan kemas.

[foogallery id="8892"]

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah anda supaya nampak kelihatan mewah, elegan dan cantik.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 16, 2021
Dikemaskini pada
Februari 16, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram