Dekorasi rumah dengan menggunakan kayu shiplap sudah tidak dapat disangkal lagi kecantikkan dan keunikannya apabila dipasang pada bahagian dinding rumah. Hal ini kerana, selain dari kelihatan menarik, ia juga membuatkan rumah tersebut tampak seperti rumah orang barat dek kerana konsep dekorasi seperti ini adalah memang datang dari sana iaitu Negara British. Perkongsian projek diy ini adalah dari Yanti Suhaini Ibrahim AiniAmin. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai kawasan hadapan rumah guna kayu shiplap.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian kerja ubahsuai secara diy yang sangat menarik ini.
Assalamualaikum.
Kali pertama upload di sini deko shiplap saya dengan bantuan ahli keluarga di musim PKP hari itu. Harap bermanfaat.
Barang-barang nak buat boleh beli sini :
Ini adalah keadaan hadapan rumah sebelum diubahsuai.
Proses-proses menampal kayu shiplap mula dilakukan.
Kayu shiplap tersebut selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat kawasan dinding tersebut.
Kerja-kerja mengecat sudah hampir siap dilakukan.
Hasil bahagian hadapan rumah setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik hasilnya. Kelihatan sangat mewah.
Keadaan bahagian hadapan rumah pada waktu malam.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea untuk melakukan proses diy yang cantik dan kelihatan mewah seperti ini. Semoga bermanfaat.