Dapur yang cantik adalah datang dari pemilik rumah yang sering menitikberatkan penjagaan dapur miliknya. Untuk melakukan ubahsuai atau dekorasi pada dapur, ia tidak semestinya memerlukan dapur yang luas dan baru, dapur rumah lama juga boleh diubahsuai supaya ianya kelihatan cantik dan baru semula. Perkongsian pada kali ini adalah dari Wardah Abdul Rahman. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai dapur rumah teres bermodalkan rm15.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Deko dapur hari ini. Ini baru 1 bahagian dapur. Pelan-pelanlah mendeko. Esok sambung bahagian lain.Dapur rumah teres kos sederhana. Modal tak sampai rm15. Guna apa yang sudah ada dan tambah sikit-sikit sahaja barang kedai ECO. Enjoy!
Ubahsuai buat para bekas-bekas rempah dan herba. Buang mana-mana cermin nako yang tak perlu. Lapang sikit mata. Langsir bawah singki itu guna table cloth dan lekat guna double sided tape yang kuat.
Para ini dulunya tempat letak penapis air Bioaura. Sekarang beliau sudah pakai coway, para ini sudah jadi tempat letak macam-macam. Ubat kucing dekat situ, parang pun letak dekat situ juga.
Balut dengan wallpaper dan tambah cangkuk. Papan lembut tak perlu pakai drill. Gantunglah apa yang boleh gantung dekat situ.
Tempat sangkut mop dan penyapu. Lepas tambah ruang belakang, sudah tidak lagi digunakan.
Jadi kita tukar dengan papan cantik ini. Sebab papan jenis lembut, senang nak tambah cangkuk habuan gantung apron, kain lap tangan dan apa-apa yang sesuai.
Jauh berjalan air coway tu, beliau lakukan seperti ini sebab dekat sebelah kanan ada dapur, jadi beliau pilih untuk letakkan coway sebelah kiri. Jadi orang coway itu pasanglah macam ini.
Bahagian tersebut diselitkan sedikit dengan dekorasi dau serta penggunaan pasu itu ala-ala spilled flower pot tiru gaya mat salleh.
Itu sahaja perkongsian deco dapur pada kali ini. Semoga bermanfaat.