Ubahsuai Dapur Rumah Teres Bermodalkan RM15

Ditulis oleh

Dapur yang cantik adalah datang dari pemilik rumah yang sering menitikberatkan penjagaan dapur miliknya. Untuk melakukan ubahsuai atau dekorasi pada dapur, ia tidak semestinya memerlukan dapur yang luas dan baru, dapur rumah lama juga boleh diubahsuai supaya ianya kelihatan cantik dan baru semula. Perkongsian pada kali ini adalah dari Wardah Abdul Rahman. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai dapur rumah teres bermodalkan rm15.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Dapur Rumah Teres

 

Deko dapur hari ini. Ini baru 1 bahagian dapur. Pelan-pelanlah mendeko. Esok sambung bahagian lain.
Dapur rumah teres kos sederhana. Modal tak sampai rm15. Guna apa yang sudah ada dan tambah sikit-sikit sahaja barang kedai ECO. Enjoy!
Sebenarnya, geram lama sudah dengan tingkap ini. Rasa macam rugi ruang bila sudah tidak berfungsi sejak tambah bahagian belakang.

ubahsuai dapur lama

Ubahsuai buat para bekas-bekas rempah dan herba. Buang mana-mana cermin nako yang tak perlu. Lapang sikit mata. Langsir bawah singki itu guna table cloth dan lekat guna double sided tape yang kuat.

ubahsuai dapur lama

Para ini dulunya tempat letak penapis air Bioaura. Sekarang beliau sudah pakai coway, para ini sudah jadi tempat letak macam-macam. Ubat kucing dekat situ, parang pun letak dekat situ juga.

ubahsuai dapur lama

Balut dengan wallpaper dan tambah cangkuk. Papan lembut tak perlu pakai drill. Gantunglah apa yang boleh gantung dekat situ.

ubahsuai dapur lama

Tempat sangkut mop dan penyapu. Lepas tambah ruang belakang, sudah tidak lagi digunakan.

ubahsuai dapur lama

Jadi kita tukar dengan papan cantik ini. Sebab papan jenis lembut, senang nak tambah cangkuk habuan gantung apron, kain lap tangan dan apa-apa yang sesuai.

ubahsuai dapur lama

Jauh berjalan air coway tu, beliau lakukan seperti ini sebab dekat sebelah kanan ada dapur, jadi beliau pilih untuk letakkan coway sebelah kiri. Jadi orang coway itu pasanglah macam ini.

ubahsuai dapur lama

Bahagian tersebut diselitkan sedikit dengan dekorasi dau serta penggunaan pasu itu ala-ala spilled flower pot tiru gaya mat salleh.

ubahsuai dapur lama

Itu sahaja perkongsian deco dapur pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram