Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit Guna Barang IKEA

Ditulis oleh

Tinggal di rumah sewa sudah semestinya anda akan berfikir dua kali jika ingin melakukan perkara seperti ubahsuai dapur dan sebagainya. Hal ini kerana rumah tersebut bukanlah rumah tetap anda jadi pemilihan barangan yang ingin dilakukan ubahsuai tersebut perlulah dipilih dengan betul. Perkongsian pada kali ini adalah dari pemilik rumah sewa yang bernama Nor Sakinah Samat. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai ubahsuai dapur rumah sewa sempit guna barang ikea.

Jom ikuti perkongsian deco dapur yang dikongsikan oleh penyewa rumah sewa ini.

Ubahsuai Dapur Rumah Sewa Sempit Guna Barang IKEA :

 

Alhamdulillah, tahun ketiga menyewa baru ada keberanian nak ubahsuai "my small kitchen".

Simple-simple sahaja asal sedap mata memandang. Tak ada dah nak berlaga dengan cik abang kalau ke dapur.

Ruang pon jadi lebih luas bila kebanyakkan barang dah susun dalam kabinet.

Kabinet  dan Sinki : Ikea

Pemasangan : The Grand Laci

 

Ini adalah keadaan dapur sebelum ubahsuai dapur dilakukan dengan konsep yang lebih menarik dan tersusun rapi.

deco dapur

Ini pula adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai dari sudut pandangan berbeza.

deco dapur

Ini adalah keadaan dapur selepas diubahsuai menggunakan kabinet dari IKEA.

Dekat Shopee pun ada jual juga :

deco dapur

Keadaan dapur pada bahagian kabinet dan sinki selepas diubahsuai.

deco dapur

Pandangan dari sudut berbeza keadaan ruang dapur setelah proses ubahsuai siap dilakukan bagi menghasilkan keadaan ruang dapur yang lebih kelihatan cantik dan tersusun rapi dengan kemas.

deco dapur
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah sewa anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 3, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 3, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram