Tinggal di rumah sewa sudah semestinya anda akan berfikir dua kali jika ingin melakukan perkara seperti ubahsuai dapur dan sebagainya. Hal ini kerana rumah tersebut bukanlah rumah tetap anda jadi pemilihan barangan yang ingin dilakukan ubahsuai tersebut perlulah dipilih dengan betul. Perkongsian pada kali ini adalah dari pemilik rumah sewa yang bernama Nor Sakinah Samat. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai ubahsuai dapur rumah sewa sempit guna barang ikea.
Jom ikuti perkongsian deco dapur yang dikongsikan oleh penyewa rumah sewa ini.
Alhamdulillah, tahun ketiga menyewa baru ada keberanian nak ubahsuai "my small kitchen".
Simple-simple sahaja asal sedap mata memandang. Tak ada dah nak berlaga dengan cik abang kalau ke dapur.
Ruang pon jadi lebih luas bila kebanyakkan barang dah susun dalam kabinet.
Kabinet dan Sinki : Ikea
Pemasangan : The Grand Laci
Ini adalah keadaan dapur sebelum ubahsuai dapur dilakukan dengan konsep yang lebih menarik dan tersusun rapi.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai dari sudut pandangan berbeza.
Ini adalah keadaan dapur selepas diubahsuai menggunakan kabinet dari IKEA.
Dekat Shopee pun ada jual juga :
Keadaan dapur pada bahagian kabinet dan sinki selepas diubahsuai.
Pandangan dari sudut berbeza keadaan ruang dapur setelah proses ubahsuai siap dilakukan bagi menghasilkan keadaan ruang dapur yang lebih kelihatan cantik dan tersusun rapi dengan kemas.