Dapat memiliki dapur rumah yang cantik dan kemas memang menjadi impian untuk setiap pemilik rumah. Hal ini kerana dengan memiliki dapur yang cantik dan kemas dapat memberikan anda keselesaan ketika anda memasak. Perkongsian pada kali ini adalah dari Saliana Sidekk. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dapur rumah kayu lama jadikan gaya ala moden,
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur rumah yang menarik ini.
Assalamualaikum, saya nak kongsi gambar sebelum dan selepas dapur saya ala-ala moden tapi belum siap sepenuhnya lagi. Sinki tak ada lagi. Jadi saya buat tempat lepak keluarga sahaja dulu.
Sebelum ini rumah hanya guna lantai kayu papan dan selepas itu saya tampal vinly floor.
Ini adalah keadaan rumah sebelum pasang syiling.
Keadaan dinding sebelum proses dimulakan.
Proses mengecat mula dilakukan.
Ini adalah keadaan dapur selepas siap. Walaupun kayu tak rata. Tapi tetap cantik.
Pada bahagian pintu ini saya tampal tampal wallpaper brick.
Ini adalah proses yang dilakukan oleh suami ketika baru mahu mengecat dinding.
Kabinet atas pun beli di IKEA.
Link cabinet : https://shp.ee/sybtbga
Saya letak buai buat sementara sahaja.
Link buai : https://shp.ee/jwbv5vs
Ini apabila sudah siap. Buat tempat lepak-lepak dengan anak-anak dan suami tengok tv.
Ini adalah hasil selepas dapur diubahsuai. Cantik bukan? Walaupun simple tapi sangat menarik.
Ini adalah barangan yang dibeli di IKEA.
Ini pula adalah tempat letak katil untuk kami baring sambil tengok tv. Katil ini boleh buka, jadi muatlah kami berempat sekeluarga.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk deco dapur rumah anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.