Semua orang memasang impian untuk ubahsuai dapur yang sudah lama digunakan kepada gaya baru yang lebih menarik. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah yang bernama Aishaharith Kitchen setelah banyak dugaan yang dialami oleh keluarganya apabila ditipu oleh kontraktor yang merupakan kawannya sendiri. Untuk perkongsian pada kali ini adalah mengenai ubahsuai semula dapur lama jadikan dry kitchen moden.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang agak menarik untuk dikongsikan ini.
Hampir setahun nak tunggu dry kitchen ini siap. Projek mula dari bulan Julai 2020 dan ditipu oleh kontraktor (kawan saya sendiri) cuma siapkan 30% sahaja lepas itu lenyap terus.
Datang pun cuma 10 atau 11 hari. Akhirnya sambung kerja yang tersangkut dari pertengahan bulan Mac 2021 dan siap 2 minggu sebelum raya
Akhirnya,
Maaf la banyak pic Saya send. Deko sikit-sikit sahaja. Ikut bajet kecil-kecil kami. Sebab dah lebih bajet adik saya keluarkan bayar dekat kontraktor tetapi kerja macam haprak.Duit bagi barang-barang tak nampak. (Banyak kerja-kerja dia tak kemas, frame pintu dan tingkap senget, plaster siling tak rata, pasang bumbung tak cukup dan ada lagi kerja-kerja dia tak memuaskan hati kami)Alhamdulilah dah tambah ruang dekat belakang jadi selesa sikit nak buat kerja dapur.
Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Almari kabinet dapur sebelum diubahsuai.
Ruang sinki dapur dan ruang laundry sebelum diubahsuai ternyata agak tidak kemas dengan dipenuhi barang.
Proses ubahsuai mula dilakukan dengan mengeluarkan barangan terlebih dahulu.
Ini adalah hasil ruang laundry setelah selesai diubahsuai.
Susunan barangan pada bahagian dinding rak selepas selesai diubahsuai.
Pandangan dari sisi keadaan ruang sinki selepas diubahsuai.
Keadaan tempat susun barangan selepas diubahsuai.
Pandangan dari tempat letak peti ais.
Keadaan ruang makan selepas diubahsuai.
Keadaan ruang ke dapur setelah diubahsuai.