Memiliki dapur yang cantik, kemas dan kelihatan mewah memang menjadi impian setiap pemilik rumah, tidak kira bujang ataupun sudah berkahwin. Setiap pemilik rumah mesti menginginkan untuk memiliki dapur yang ceria. Tetapi tidak semua berkemampuan untuk melakukan ubahsuai dapur kerana untuk memilik dapur yang cantik memang perlu mengeluarkan kos yang agak besar. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki bujang yang bernama Fazle Ismail. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dapur lama kepada dry kitchen bujang.
Dapur yang cantik adalah disebabkan pemilik rumah yang pandai menjaganya, dapur kampung juga kalau anda deco dapur anda itu akan kelihatan cantik juga bukan?
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang menarik ini.
Deco dan ubahsuai dapur kepada konsep dry kitchen bujang je.
Ini adalah keadaan sebelum dapur diubahsuai dengan gaya dan konsep baru. Proses-proses ubahsuai sedang giat dilakukan.
Ini pula adalah keadaan dapur yang telah diubahsuai dengan gaya baru kelihatan sangat mewah. Cantik bukan?
Ini pula keadaan dapur pada bahagian ruang makan yang simple tapi kelihatan sangat menarik. Tema yang digunakan kesemuanya adalah putih sahaja.
Ini pula adalah keadaan pada bahagian sinki dapur dengan susun atur barangan pada kabinet yang sangat cantik dan kemas.
Ini pula adalah pandangan lebih dekat pada bahagian sinki dan kabinet dapur.
Keadaan sinki selepas diubahsuai dengan pandangan lebih dekat.
Penggunaan kabinet berwarna putih menjadikan dapur lebih menarik.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inpirasi. Semoga bermanfaat.