Ubahsuai Dapur Kosong Kepada Dapur Mewah

Ditulis oleh

Menjadi impian setiap suri rumah untuk memiliki dapur yang cantik dan kemas. Jadi perkongsian kali ini adalah dari Khairunnisa Mahat. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dapur kosong kepada dapur mewah.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai dapur kosong ini.

 

Bukan mudah nak yakinkan suami untuk gunakan kabinet ikea untuk rumah kali ini.
Tapi selepas gunakan ayat ikea ada 25 tahun jaminan barulah mendapat kelulusan.

Dari segala yang bersarang di kepala diterjemahkan. cuma handle sahaja yang sebenarnya nak sebijik macam dekat showroom ikea tapi tak dapat sebab dah tak keluar lagi patern yang sama.

 

Ubahsuai Dapur Kosong Kepada Gaya Baru :

 

Rumusan : 

Total beli barang asas kabinet di ikea RM 15.6k.

(Kos ini boleh dikurangkan lagi berdasarkan pilihan barang yang anda pilih lagi lagi bahagian kepala paip itu)

  • Cooker hood + dapur RM 1.4k.
  • Upah pasang, ubah kedudukan dua paip dan tebuk lubang untuk cooker hood, kapur, wiring RM 3.7k.
  • Vinyl SPC RM 1.4k untuk cover area dapur.
  • Oven dan microwave tak beli lagi hanya mengadakan sahaja ruangannya dahulu.
  • Hiasan lain tak termasuk dalam harga.

Ruang bahagian dapur yang agak sempit dan terus nampak bila buka pintu.

deco dapurTap (kepala paip) : 

 

Jenis Insjon (kalau nak kurangkan bajet boleh beli yang jenis lain, sebab untuk insjon sahaja dah telan harga RM 590, boleh tukarkan kepada Almaren RM 229 sahaja.

Insjon ni kelebihannya boleh tarikh hujung kepala paipnya tu supaya senang nak basuh sinki ke , basuh sayur ke. Airnya jadi macam air shower.

deco dapur

Sinki jenis havsen invisible front : 

 

Sinki pun kalau anda nak kurangkan bajet boleh pilih yang lain tapi sebab sudah minat yang ini pejamkan mata saja, anggap penghargaan untuk diri. Sinki ini telan RM 690. Ada banyak lagi sinki jenis lain yang harga lebih rendah. Boleh pilih yang lain jika nak jimatkan bajet.

Sinki jenis seramik, tak melekat minyak. Ada tempat tapis sisa-sisa makanan dari terus dihanyutkan ke dalam lubang sinki.

deco dapurWorktop Jenis Saljan Wood Effect :

 

Untuk panjang begini, hanya gunakan dua keping saljan sahaja. Sekeping saljan RM 350, guna dua keping : RM 700 untuk worktop.

deco dapurPintu Kabinet Jenis Ringhult Glossy White :

 

Pintu ni jenis berkilat. Susah nak lekat kotoran. Tambahkan lighting sedikit bagi tembak worktop.

Cooker Hood Jenis Elba :

 

Beli yang ini sebab senang nak cuci. Beli di shopee lebih murah dari beli di kedai. Boleh dapat harga RM 900 di shopee. Di kedai harga akan jadi RM 1200 keatas.

Tarikannya kuat. 1400m3. Dapur beli yang jenis senz. Beli dapur ni sebab tunkunya empat segi. Kalau nak bajet boleh beli cooker hood + dapur yang satu set. Kat shopee satu set cooker elba + dapur elba boleh dapat RM 1100 keatas.

Track Light :

 

Tambah track light dari ikea untuk tembak kabinet bahagian atas. Wall shelf pun dari ikea. Hiasan yang lain pun dari ikea kecuali frame nama.

deco dapurCabinet Knoxhult : 

 

Saja tambah last minit area sini. Menjadikan dapur ini ada dua kepala paip. Reasonnya sebab rumah ini sudah tidak ada ruang dapur basah dan kering. Bila ada dua sinki ni. Kalau sorang tengah buat persiapan masak, laki boleh tolong basuh pinggan.

Yang ni ruangan microwave dan juga oven. Sediakan ruang sahaja dahulu, next boleh pelan pelan beli microwave dan oven. Tapi sudah siap standby socket 13mp untuk oven dan microwave.

Peti ais tak berapa masuk tema sebab gunakan yang sedia ada. Sebelum ini masa duduk rumah lain, tema warna lain.

deco dapurWall Shelf IKEA :

 

Atas itu jenis Burhult Sandshult RM 24.90 satu set. Bawah jenis maleras RM 49.90. Boleh muat kalau nak letak cawan susun susun atas tu.

deco dapurInner Drawer  :

 

Bahagian inner drawer ini nampakkan kabinet ini lebih kemas. Dalam drawer ada drawer yang lain. Partitionnya boleh cari juga di ikea. Jika jenis plastik murah sedikit, jenis bamboo begini agak costing. Nak jimat bajet boleh ubah ke plastik. Yang plastik pun sudah cukup lawa warna putih.

deco dapurYang ini kabinet tarik keluar. Boleh letak kicap, sos, minyak masak tong pun boleh. Yang ini yang jenis 30cm. Kalau 20cm tak muat minyak masak dan jenis gegar sedikit.

deco dapurYang ni corner base. Utrusta corner base cabinet pull out fitting. RM 475. Jika nak kurangkan bajet boleh ambil yang jenis berpusing bahagian dalam sahaja. Beza dalam RM 200 kalau tak silap.

deco dapurYang bestnya ikea ini sistem drawer dia mantap. Lembut saja buka dan tutupnya. Rail drawer jenis stainless steel kalau tak silap.

Asalnya nak handle macam ini tapi dah tak ada pengeluaran dah handle ni.

Jika anda berminat untuk memberi barangan dan perabot dapur seperti ini. Di bahagian bawah artikel ini kami ada sediakan link setiap barangan yang diperlukan.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 2, 2021
Dikemaskini pada
Mei 2, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram