Ubahsuai Dapur Kampung Kepada Gaya Mewah Simple

Ditulis oleh

Memiliki rumah kos rendah yang berkonsepkan seperti rumah kampung bukanlah menjadi satu hal yang besar untuk didiami. Meskipun tinggal dirumah seperti itu, perkara tersebut bukanlah menjadi pematah semangat untuk anda dalam deco dapur rumah anda. Meskipun tidak berkemampuan untuk deco dapur dan rumah secara keseluruhan. Anda boleh mengubahsuainya secara berperingkat. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita dan juga pemilik rumah yang bernama Nadya Nozula. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dapur kampung kepada gaya mewah simple bermodalkan rm7k.

Perkongsian yang menarik ini dikongsikan sendiri oleh pemilik rumah ini dilaman facebooknya untuk dikongsikan kepada orang ramai supaya dapat dijadikan sumber inspirasi. Begitu menarik deco dapur yang dilakukan oleh wanita ini. Bayangkan dari keadaan dapur yang kelihatan suram dan biasa diubahsuai kepada gaya mewah dan sangat cantik dan ceria.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik dari pemilik rumah ini.

Ubahsuai Dapur Kampung Kepada Gaya Mewah Simple Bermodalkan Rm7k :

Macam tak percaya dapat transform kepada dapur idaman. semuanya disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP)
tukar bumbung,
buat syiling,
tukar mozek,
tutup dua2 tingkap,
buat pintu kabinet bawah.

Ini adalah keadaan dapur rumah kampung sebelum diubahsuai dengan gaya moden yang kelihatan sangat cantik dan mewah.

deco dapurIni adalah keadaan dapur rumah setelah konsep deco dapur diterapkan dengan tema yang sangat kelihatan cantik dan mewah.

deco dapur Ini adalah keadaan ruang makan dengan susuan kerusi yang cantik dan sangat terurus. Jelas menampakkan kekemasan dapur setelah diubahsuai dengan gaya baru.

deco dapur Ini adalah keadaan dapur dari sudut pandangan lain. Sangat cantik transformasi yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.

deco dapurSetakat ini sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 5, 2021
Dikemaskini pada
Jun 5, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram