Isteri mana yang tidak berasa gembira apabila permintaannya ditunaikan oleh suami tercinta. Itu yang dapat digambarkan oleh isterinya apabila permintaan untuk memiliki dapur gaya baru yang lebih moden menjadi kenyataan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Shafiq Zahari. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai dapur jenis memanjang kepada konsep "Black Rustic Kitchen".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang sangat menarik ini.
Permintaan isteri nak tema black ala-ala rustic kitchen,
Kita cuba tunaikan
Keadaan bahagian dapur pada awal proses ubahsuai itu dilakukan. Dapur tidaklah begitu luas, jadi untuk deco dapur seperti ini, memang memerlukan kreativiti yang tersendiri.
Ini adalah semasa dalam proses membangunkan table top dapur.
Proses-proses ubahsuai hampir siap dilakukan.
Bahagian tempat pengaliran udara ala rumah barat Eropah pada bahagian dapur tersebut.
Proses seterusnya pula adalah pemasangan kabinet gantung. Cara terbaik bagi memastikan dapur ruang terhad seperti ini dapat memuatkan barangan yang banyak adalah dengan cara memasang kabinet gantung.
Proses pemasangan kabinet gantung sudah hampir siap dilakukan. Hanya tinggal beberapa pemasangan skru sahaja.
Pada bahagian tingkap pula dipasang bidai.
Tingkap apabila ditutup dengan bidai. Warna yang sesuai untuk dapur seperti ini adalah warna gelap seperti warna hitam.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea kepada anda dalam cuba untuk deco dapur rumah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.