Pemasangan wainscoting dan shiplap pada masa kini menjadi satu trend bagi setiap rumah moden. Faktor wainscoting cukup digemari oleh masyarakat adalah kerana penghasilannya tidaklah begitu rumit dan mudah untuk digayakan mengikut gaya tersendiri. Itu yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Mawar Athilea. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai cara diy ruang tamu guna wainscoting dan dinding shiplap.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Selama ini saya jadi pemerhati sahaja dalam group ini. Banyak saya belajar dan tengok hasil wainscoting dan shiplap yang dihasilkan oleh ahli-ahli group ni.
Saya dan suami cuba buat shiplap dan pasang wainscoting sendiri. Jenuh nak ukur semua, tolak, tambah, darab dan bahagi, maka jadilah projek kami yang tak berapa nak amatur ini.
Terima kasih untuk semua berkongsi ahli-ahli group ini.
Rumahku Syurgaku
Ini adalah keadaan dinding rumah semasa pemasangan wainscoting.
Pada bahagian ini pula ingin dipasang accent wall.
Setelah selesai dipasang, bahagian dinding tersebut dicat dengan coating pada lapisan pertama sebelum dicat dengan warna pilihan.
Keadaan bahagian dinding yang dipasag shiplap.
Inilah hasil bahagian dinding shiplap setelah selesai dicat.
Bahagian dinding yang dipasang wainscoting setelah dicat.
Ramai yang bertanya, brand cat yang digunakan ini? ini bukan cat Jotun, ini cat brand Oasis.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan kerja-kerja ubahsuai secara diy. Semoga bermanfaat untuk semua.