Bilik tidur rumah yang lama dan lusuh memang anda akan rasa mahu ubahsuai supaya cantik bukan? Lagi-lagi kalau bilik itu adalah bilik tidur ibu dan ayah anda sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan merupakan seorang anak yang bernama Nadzirah Osman. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai bilik tidur ibu ayah berusia 20 tahun kepada konsep "elegant white + blue".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsikan ini.
Dekorasi bilik untuk mak ayah
Almari ini sudah 31 tahun hadiah kahwin ibu dan ayah.
Ni lukisan saya masa saya sekolah rendah. Ibu masih tampal dekat situ. Kenangan. Saya sudah 31 tahun this year ibu still tak nak buang lagi lukisan-lukisan itu.
Dah niat lama tapi dua minggu lepas baru ibu benarkan kami makeover bilik ibu ayah. Selama 20 tahun lebih bilik ini macam ni tak berusik. Ibu saya jenis tak suka membazir. Pakai je barang itu selagi boleh pakai & suka simpan barang walaupun sudah tak boleh guna lagi.
Ini adalah keadaan bilik tidur selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru yang menarik.
Ini pula adalah keadaan bilik tidur dari sudut pandangan lain.
Ini adalah keadaan susun atur barangan pada bahagian kabinet dan pada bahagian langsir.
Pandangan lebih jelas keadaan dan susun atur kabinet perabot yang cantik dan kelihatan kemas.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang cantik dan menarik ini sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi kepada anda. Semoga bermanfaat.