3 Trik Menghias Rumah Kediaman Agar Kelihatan Cantik Dengan Kos Rendah!

Ditulis oleh

Bila sebut mengenai dekorasi, pasti ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa kos untuk buat dekorasi mahal dan membebankan bukan? jadi kali ini giler deco mahu berkongsi mengenai 3 trik menghias rumah kediaman agar kelihatan cantik.

Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederna dan tidak mengupah mana-mana interior designer untuk cut bajet kos decor.

Sebenarnya, kalau kreatif dan tahu cara menghias, kita tidak perlu mengupah pakar. Dan semuanya boleh dilakukan sediri mengikut citarasa dan bajet sedia ada.

Apa yang perlu adalah imiginasi dan kreativiti.

3 Trik Menghias Rumah Kediaman

Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.

Trik :

1. Ceriakan Dinding Yang Kosong

Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:

  • Lekat peta tempat-tempat yang pernah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda pernah kembara?
  • Tampal wall deco 3d yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.
  • Pamer hasil kraf tangan Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.
  • Penuhi dengan gambar berbingkai sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.

2. Upgrade Perabot Sedia Ada

Selain beli perabot yang baru, anda boleh :

  • Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan menambah warna ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.
  • Menyegarkan balik penampilan misalnya membuat sarung baru yang cantik pada kerusi atau bangku yang anda miliki.

3. Recycle Bahan-Bahan Yang Tidak Digunakan Lagi

  • Koleksi buku hard cover atau yang tebal jangan dibuang. Stack buku secara menegak dan…. tada! Ia bertukar menjadi meja sisi.
  • Begitu juga dengan majalah-majalah lama. Susun cantik-cantik dan ikat. Ia boleh dijadikan sebagai bangku.
  • Gantung majalah atau buku resepi pada penyangkut baju. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.

Senang Bukan? Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk menghias kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.

Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!

Like Giler Deco Facebook Page untuk lebih info tentang dekorasi.

Baca juga : Macam Sarang Kuntilanak ! Pasangan Ini Transformasi Rumah Lama Yang Ditinggalkan Menjadi Teratak Yang Indah!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 6, 2020
Dikemaskini pada
Februari 6, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram