Rumah teres terbiar ini kadang-kadang kalau dilakukan beberapa ubahsuai atau juga transformasi pastinya akan cantik dan nampak menarik. Jika dibiarkan begitu lama sangat, rumah tersebut pasti akan dinaikki beberapa pokok atau lalang yang akan menjalar keseluruhan rumah tersebut.
Apabila berlakunya sebegitu, rumah terbiar tersebut akan kelihatan seperti rumah hutan atau rimba. Daripada dibiarkan begitu sahaja, seorang lelaki bernama Zizan Dee Jan telah membeli satu rumah yang hampir 20 tahun terbiar dan telah melakukan transformasi terhadap rumah tersebut.
Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa gambar transformasi rumah teres terbiar yang dilakukan oleh Zizan Dee Jan ini. Jom kita hasil tengok perkongsian daripada beliau ini.
CINTA PANDANG PERTAMABiaq buruk di mata orang, janji cantik menawan di hati abang jijan. Hampir 20 Tahun rumah ni owner tak jengok langsung.Alhamdulillah. Finally siap semuanya hari ni. Dari rumah yang orang lain tak nak beli, aku beli dan buat reno sikit sikit. Yang penting puas hati aku sendiri.
Gambar Keadaan & Pembersihan Rumah Teres Terbiar
Inilah dia rupa rumah teres tersebut yang terbiar hampir 20 tahun oleh owner. Sekarang belakang rumah dah jadi hutan sebelum beli lagi.
Pokok pun dah menjalar kedalam rumah. Betul-betul terbiar lama sangat ni.
Proses menebang pokok yang tidak diingini.
Lepas tebang barulah nampak sedikit bentuk rumah.
Keadaan pokok atau akar yang menjalar kedalam rumah ini. Seram pun ada bila tengok ni. Akar pun boleh kira besar juga.
Proses membuat akar-akar yang menjalar.
Hasil selepas membuat pokok dan akar yang telah lama tumbuh dirumah ini.
Sedikit kerja pembesihan didalam rumah teres tersebut.
Bahagian hadapan rumah teres tersebut.
Gambar Selepas Transformasi Rumah Terbiar
Selepas penat lelah membuat proses renovate dan transformasi rumah teres terbiar ini, inilah rupa rumah sekarang.
Rupa keadaan bahagian hadapan rumah teres.
Dalaman rumah ini telah pun dilakukan pelbagai kerja antaranya ialah mengecatm memasang tiles dan juga membaiki apa jua kerosakkan rumah ini.
Bahagian dapur yang simple dan kecil.
Keadaan bilik air yang baharu.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Semoga anda mendapat inspirasi jika ingin melakukan renovasi dan transformasi rumah terbiar. Semoga bermanfaat untuk anda semua
Sumber : Zizan Dee Jan