Transformasi Rumah Sewa Kayu Tradisi Kelantan

Ditulis oleh

Pada masa kini. Tidak ramai yang memiliki dan masih tinggal di rumah kayu. Kebanyakan orang pada masa kini lebih berminat dalam mendekorasikan rumah batu sahaja. Tetapi tidak bagi pemilik rumah sewa ini iaitu Khazinatulasrar Anis. Jadi perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi rumah sewa kayu tradisi Kelantan kepada konsep kampung ala "moden".

Mengikut perkongsian yang dikongsi oleh pasangan ini. Rumah ini hanyalah sebuah rumah sewa. Namun itu bukan penghalang untuk dia dan pasangan mengubahsuai rumah supaya kelihatan cantik dan kemas. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh pasangan ini.

Transformasi Rumah Sewa Kayu Tradisi Kelantan Kepada Konsep Kampung Ala "Moden" :

Pertama kali duduk rumah sewa sendiri, berganding bahu suami isteri deco sendiri.
Cat sendiri, pasang sendiri langsir dan barang-barang perabot ikea, bunga gubah sendiri, cermin tu kedai Diy pasang sendiri jugak, alhamdulillah.
Walaupun ini adalah hanya rumah sewa, anda wajib menjaga kebersihan dan keceriaan rumah sepertimana rumah anda sendiri kerana itu melambangkan identiti dan sifat anda apatah lagi kita seorang muslim. Rumah ini merupakan rumah pusaka yang lama ditinggalkan.
Ini adalah keadaan rumah sebelum proses ubahsuai dijalankan.
deco rumah

Ini adalah keadaan bilik sebelum diubahsuai.

deco rumahProses ubahsuai mula jalankan dengan teliti supaya hasil yang diperoleh memuaskan.

deco rumahIni pula keadaan ruang tamu rumah semasa proses ubahsuai rumah ini.

deco rumahIni adalah keadaan rumah selepas selesai diubahsuai.

deco rumahIni pula keadaan ruang tamu selepas rumah sewanya ini diubahsuai. Sangat simple dan menarik bukan?

deco rumahPandangan dari sudut lain dekorasi rumah sewanya yang baru diubahsuai dengan cantik dan kemas.

deco rumahIni pula adalah dekorasi untuk tempat persolekan yang cantik dan menarik.

deco rumahIni pula adalah dekorasi ruang membaca dengan dekorasi jam dinding kayu yang menarik.

deco rumahIni pula adalah hasil yang diperoleh setelah selesai diubahsuai. Menarik dan cantik bukan?

deco rumahDekorasi bunga sebagai penyeri ruang tamu ini.

deco rumahItu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah sewa anda nanti.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 23, 2021
Dikemaskini pada
Februari 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram