Semua pemilik rumah mempunyai minat yang berbeza dalam pemilihan rumah kediaman masing-masing. Ada juga yang suka untuk tinggal di rumah batu dan ada juga yang mempunyai minat dengan gaya kayu papan. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga seorang isteri yang bernama Eyda Hidayah. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah papan lama hampir rosak berusia 40 tahun deco dengan gaya "Classic American".
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
Rumah papan lama peninggalan.
Bila cucu take over kita tukar kepada gaya baru.
Ruang tengok tv, lepak, santai dan bermalas-malasan.
Sekadar selesa dan cuba-cuba deko.
Sentuhan suami : Izzat Amir
Ini adalah keadaan sebelum rumah papan ini diubahsuai dengan gaya yang lebih menarik. Rumah papan ini banyak kerosakan disebabkan oleh rumah papan lama. Rumah ini berusia hampir 40 tahun.
Rumah ini kelihatan agak baru tetapi sangat lama sebenarnya. Kayu papan sudah banyak rosak. Faktor ini juga menyebabkan pemilik rumah ini bertekad untuk ubahsuai rumah tersebut.
Keadaan rumah kayu papan selepas proses ubahsuai selesai dilakukan dengan konsep dan gaya baru. Proses ubahsuai ini hanyalah menggunakan barangan yang simple sahaja.
Dengan mengecat semula dinding rumah lebih membuatkan suasana rumah tampak lebih menarik.
Konsep yang digunakan adalah ala-ala gaya barat iaitu America.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber inspirasi dan idea untuk deco rumah jenis papan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mendeco.