Transformasi Rumah Lama Bekas "Vendalism"

Ditulis oleh

Tidak ramai yang berani membeli rumah lama yang lusuh dan uzur seperti ini untuk dijadikan kediaman idaman. Lagi-lagi anda tidak pernah tahu siapa pemilik sebelumnya. Tambah pula keadaan dalaman rumah seperti dimiliki oleh golongan vandalisme dengan dinding penuh dengan contengan ayat tidak bermoral. Perkongsian kali ini adalah dari Kyra Kirara mengenai transformasi rumah lama bekas "Vendalism" kepada konsep moden simple.

Pemilik baru rumah ini nekad mahu membeli rumah tersebut untuk dijadikan teratak syurga untuknya dan keluarga. Selepas membelinya beliau mula mengubahsuai rumah tersebut secara seratus peratus kerana mahukan kelainan untuk memastikan beliau dan keluarga hidup dalam keadaan selesa.

Mengikut pengiraannya, bajet yang dikeluarkan hampir 30 ribu untuk menaiktaraf dan mengubahsuai rumah uzur berkenaan supaya menjadi rumah yang berdekorasi moden dan simple. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsian olehnya.

Transformasi Rumah Lama Bekas "Vendalism" Kepada Konsep Moden Simple :

 

Ini adalah keadaan rumah yang baru dibelinya dan sebelum diubahsuai menjadi teratak idaman.

deco rumahKeadaan ruang bilik sebelum diubahsuai dengan dekorasi moden. Terdapat beberapa contengan yang agak tidak sopan dan tidak bermoral dilakukan oleh pemilik lama.

deco rumahIni pula keadaan ruangan bilik kosong yang dipenuhi dengan sampah dan habuk kotor serta kelihatan agak tidak selesa untuk di duduki.

deco rumahKeadaan ruangan sinki dapur yang uzur dan lusuh sebelum diubahsuai dengan dekorasi baru.

deco rumahKeadaan tingkap ruangan dapur yang tidak mempunyai tingkap dan dipenuhi dengan kulat berserta kekotoran yang agak segan untuk digunakan.

deco rumahSelepas ubahsuai.

deco rumahKerja-kerja menaiktaraf dan pengubahsuai rumah mula dilakukan dengan perlahan-lahan untuk memastikan dapat dihasilkan dengan hasil yang memuaskan.

deco rumahProses mengecat rumah hampir siap dilakukan dan menunggu masa untuk memasang mozek lantai.

deco rumahProses pemasangan mozek selesai dilakukan dengan kemas dan cantik.

deco rumahSeterusnya proses pemasangan mozek dilakukan di ruangan bilik yang lain.

deco rumahProses mengecat juga diteruskan untuk memastikan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

deco rumahProses menaiktaraf ruang dapur juga sedang giat disiapkan.

deco rumahKeadaan rumah selepas hampir 80 peratus siap diubahsuai.

Proses dalam memasang pintu dan tingkap rumah tersebut.

deco rumahDan inilah hasilnya selepas rumah siap diubahsuai.Cantik dan simple bukan?

Gambar sudut hadapan rumah setelah selesai diubahsuai.

deco rumahGambar keadaan bilik setelah selesai diubahsuai.

deco rumahIni pula gambar bahagian dapur yang sudah siap diubahsuai.

deco rumah

deco rumah

deco rumahItu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah idaman anda supaya cantik dan berseri.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 23, 2021
Dikemaskini pada
Februari 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram