Memiliki rumah yang sudah berusia bukanlah alasan untuk anda tidak cuba mengubahsuai dan mendekorasi rumah kediaman anda. Memang benar untuk mengubahsuai rumah memerlukan bajet yang secukupnya. Tetapi kalau anda mempunyai bajet dan tidak ada niat untuk mengubahsuai rumah tidak guna juga. Perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi rumah berusia 30 tahun kepada konsep "klasik minimalis".
Apa yang membuatkan rumah yang berusia hampir 30 tahun ni menarik perhatian netizen adalah kerana dekorasi dan konsep yang diterapkan sangat menarik. Walaupun konsepnya kelihatan moden tapi ada juga unsur klasik yang diterapkan di dalam konsep ini.
Senang cerita anda boleh gelarkanya dekorasi rumah seperti ini adalah konsep "moden klasik". Selain itu, jika sekali pandang anda akan dapat lihat seperti rekabentuk rumah dengan konsep 60-70 an. Tetapi sebenarnya konsep dekorasinya adalah gabungan tema klasik dan moden. Jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian gambar yang dikongsi.
Ini adalah keadaan kawasan laman rumah sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.
Ini pula keadaan rumah setelah rumah yang berusia 30 tahun itu selesai diubahsuai dengan konsep moden klasik.
Ini pula adalah keadaan dekorasi ruang tamu setelah selesai diubahsuai dengan menggunakan konsep moden klasik
Ini pula keadaan semesa proses mengecat rumah sedang giat dijalankan. Cat yang digunakan jenis jotun.
Link Shopee Cat Jotun : https://invol.co/cl4jtpe
Ini pula keadaan ruang makan selepas selesai diubahsuai dengan menggunakan konsep dekorasi moden klasik.
Ini pula adalah ruang koridor rumah sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan menerapkan konsep moden klasik.
Ini pula adalah keadaan ruang koridor rumah selepas proses pengubahsuaian dilakukan dengan menerapkan konsep moden klasik.
Ini pula keadaan ruang tandas sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula keadaan ruang tandas selepas proses pengubahsuaian dilakukan dengan konsep dan gaya baru.
Ini pula keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai.
Ini pula keadaan belakang rumah selepas diubahsuai.
Keadaan pagar rumah sebelum diubahsuai.
Ini pula keadaan pagar rumah selepas diubahsuai.
Ini pula keadaan bilik tidur
Dekorasi ruang makan.
Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mengubahsuai rumah.