Apakah transformasi luar biasa yang pernah anda saksikan? Jika setakat transformasi rumah atau bilik itu masih lagi kategori biasa. Nak luar biasa apa kata kita tengok transformasi kontena buruk ini dijadikan sebagai sebuah resthouse yang cantik dan tertarik ini.
Idea transformasi ini dicetuskan oleh Anisah Abdul Haslim ini. Memang impian yang diimpikan untuk menjadikan kontena ini sebagai resthouse yang cantik. Lokasi resthouse ini berada di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan berdekatan di Jalan Telipot, Kota Bharu.
Hasil transformasi ini juga mendapat perhatian daripada orang ramai termasuklah sehingga pihak dan juga kru penerbitan TV3 melakukan penggambaran tentang rumah tersebut. Ia akan disiarkan di dalam sebuah program terbaharu yang bernama SQFT.
Ku ingatkan suami nak buat tukun kat laut kontena ni tapi rupa-rupanya nak ditransformkan menjadi resthouse yang cantik dan tertarik. Tiada apa yg mustahil dan selalu syukur apa yang ada.
Lakaran Awal 3D Kontena
Beriku merupakan lakaran 3D bagaimana rupa kontena tersebut untuk dijadikan sebagai resthouse
Proses Transformasi Rumah Resthouse
Ini adalah kolam asli. Ia merupakan lopak mata air yang tak pernah kering.
Lopak air tadi dijadikan sebagai kolam renang. Proses untuk lakukan ini sedikit susah kerana ia sentiasa mengeluarkan air mata air. Jadi, terpaksa keluarkan air guna pam.
Ya Allah, ni kontena ker apa ni.
Proses membuat decking bahagian kontena tersebut.
Hasil Transformasi Resthouse Yang Cantik
Setelah banyak kerja dilakukan, inilah dia hasil pemandangan kawasan rumah resthouse kami ini.
Tempat untuk bersantai-santai ditepi kolam.
Ruangan landskap resthouse ini daripada pandangan atas.
Bilik tidur yang berada ditingkat atas resthouse ini.
Sumber : Anisah Abdul Halim