Perlaksanaan perintah kawalan pergerakan akibat daripada pandemik Covid19 pada suatu ketika dahulu menyebabkan ramai pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam melakukan projek diy. Sesetangah pemilik rumah mengisi masa terluang di rumah dengan melakukan dekorasi rumah. Tetapi, tidak bagi wanita ini yang bernama Haslawati Zaini, beliau menghasikan projek diy dengan melakukan transformasi kolam ikan kepada kolam renang untuk anak mereka mandi dan bermain sambil menghilangkan stress.
Katanya, jika mengupah orang, paling tidak akan hangus berbelas ribu juga. Jadi, beliau putuskan untuk melakukannya sendiri secara DIY sahaja.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik dan kreatif ini.
Assalamualaikum.Memandangkan perintah berkurung entah bila kan berakhir, maka kita transform kolam ikan menjadi kolam orang. Untuk melepaskan stress anak-anak dekat rumah.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Ini adalah keadaan kolam ikan sebelum dijadikan kolam renang.
Proses membuat tangga kolam renang sudah mula dilakukan.
Kerangka dibuat dengan menggunakan besi dan welding.
Selepas itu, kerangka dinding yang di welding tersebut disimen.
Proses seterusnya pula adalah membuat acuan tangga untuk dimasukkan simen.
Acuan tangga selesai dibina dan hanya perlu tunggu simen mengeras.
Bahagian tangga setelah selesai diubahsuai.
Kolam ikan yang kotor tadi secara seratus peratus ditukar menjadi kolam renang yang sangat cantik.
Gambar anak mereka sewaktu mandi dikolam tersebut.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan ubahsuai rumah dengan cara diy seperti ini.
Semoga bermanfaat.