Dapur adalah satu ruang dan tempat yang sangat penting di dalam rumah. Tanpa adanya dapur anda tidak dapat memasak dan makan kecuali anda membeli makanan bungkus setiap hari. Disebabkan dapur sangat penting untuk aktiviti harian anda, tidak salahnya juga dapur lama anda ditukar dan diubahsuai kepada gaya baru yang lebih mewah dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dhaja Perak. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi dapur lusuh kepada gaya mewah elegan.
Jom ikuti perkongsian menarik ubahsuai yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Salam semua, pertama kali saya post dekat sini.Nak share dapur baru saya. Syukur Alhamdulillah, semua berlaku tanpa dirancang. Semua dengan izinNya.Boleh baca kisah dari mula bagaimana tranformasi lama bertukar baru.Apapun, Syukur Alhamdulillah. Hadiah buat keluarga kecil kami.
Ini adalah keadaan dapur rumah sebelum diubahsuai.
Peti sejuk baru dibawah masuk.
Peti ini agak tinngi sedikit dari kabinet, jadi agak tidak matching.
Kabinet atas dibuka semula untuk memuatkan peti tersebut.
Peti sudah dapat dimasukkan.
Akhirnya dah berjaya dibawa masuk.
Kabinet dibuka kesemuanya untuk diganti dengan kabinet baru.
Kabinet baru telah sampai. Proses pemasangan akan dibuka.
Proses pemasangan kabinet baru mula dilakukan.
Keadaan bahagian dapur gas yang digunakan setelah dirukar baru.
Keadaan peti tadi setelah deco dapur selesai dilakukan.