Apabila berpindah ke sebuah rumah kampung yang lama dan terbiar ini sudah pastinya banyak perkara-perkara pembaikkan harus dilakukan. Dari bahagian ruang tamu, ruang bilik sehinggalah kepada bahagian dapur.
Perkongsian daripada Yanie Shafiin ini merupakan sebuah transformasi dapur rumah kampung yang lama dan uzur kini kelihatan kembali cantik. Menurut beliau, rekabentuk didalam dapur itu adalah kekal seperti yang asal. Namun, apa yang dilakukan adalah dengan menambahkan lagi sesuatu agar ia kelihatan cantik.
Apa yang dilakukan oleh Yanie Shafiin ini untuk membuat dapur tersebut kembali cantik? Jom kita melihat perkongsian ini.
Hi semua..just sharing my humble kitchen...rumah kampung, sebelum dan selepas.
Semua bentuk asal dikekalkan, cuma dinding luar bahagian dapur jer terpaksa ditukar kerana papan sedia ada terlampau teruk.
Dari Dapur Yang Asalnya Buruk Kini Kelihatan Kembali Baharu
Sebelum melihat keadaan dapur yang asal milik Yanie Shafiin ini, nak tunjukkan ini lah dia rumah kampung beliau sewaktu datang kesini buat pertama kali.
Masuk kedalam rumah terus tengok bahagian dapur. Beginilah dia keadaan dapur yang asal. Terbiar begitu sahaja dan banyak pembaikkan harus dilakukan.
Gambar dibawah pula adalah hasil selepas kami membersihkan di sekitar kawasan kampung ini. Barulah kelihatan cantik dan kemaskan? Okay, lepasni barulah boleh buat kerja-kerja transformasi dapur lama ini.
Hasil Tranformasi Dapur Terbiar Yang Dilakukan Ini
Gambar semasa proses ubahsuai tak ada. Jadi, kita kongsikan gambar hasil akhir bahagian dapur ini. Alhamdulillah, selepas lama melakukan transformasi dapur ini. Inilah dia hasilnya.
Pandangan terhadap bahagian dapur yang sekarang. Ada beza tak dengan yang dahulu?
Memang impian nak buat wall shelf sebegini sebab boleh letakkan barang dan jimat ruang.
Counter table bar juga harus ada sebab setiap dapur kalau ada table bar ni sudah pastinya akan kelihatan cantik.
Ni sahaj nak kongsikan bahagian ruang tamu yang simple ini. Bersebelahan dengan meja makan. Kalau ada tetamu ker saudara datang boleh berkumpul ramai-ramai.
Sumber : Yanie Shafiin