Dekorasi yang bertemakan atau juga berkonsepkan ala-ala farmhouse ini sudah semestinya ramai yang melakukan dirumah
Transformasi Dapur Ala Farmhouse
Masa mula pindah dulu tak dan berdeko sebab anak kecil lagi, pastu alang PKP 1.0 tak da kerja, kita tampal kertas dinding pink putih ala "shabby chic". Walaupun beli kat kedai eco tapi okey bertahan je kat situ.
Awal tahun hari tu teringin nak ubah kedudukan dapur masak dan sinki. Kebetulan juga masa tu tikus buat hal berkampung bawah dapur masak tu sampai terbakar bawah dapur masak sebab penuh dengan sampah dorang letak.
Jadi, kita buang meja masak tu dan buat tempat baru. ( Kebetulan ada kayu banyak abi bawa balik, boleh la bertukang). Dah siap ubah, tak ada idea pulak nak deko macam mana + kerja tak ada masa nak kerah idea.
Jadi, kebetulan pulak PKP 3.0 ni ada masa, kita gunakan kesempatan yang ada. Hehe. Hasilnya, tarra dapur ala "farmhouse" pulak temanya.
Dekorasi Dapur Yang Bertemakan & Berkonsepkan Ala-Ala Farmhouse
Ini merupakan rupa sebelum transformasi dan juga dekorasi dapur ini dilakukan.
Susunan sebelum. Meja tu dibawa keluar sebab tikus buat sarang dan penuh sampah sampai meja tu hampir terbakar.
Dah susun ikut susunan idaman hati
Selepas, kerusi terpakai bawa masuk letak situ konon untuk dijadikan sebuah "coffee bar".
Almari tu dah diterbalikkan dan ditambahkan renda sikit bagi naik seri.
Rumah kayu senang nak memaku. Ada la rak tergantung untuk deko deko.
Rak bawang dah alih ke situ. Papan "farmers market" tu guna lebihan "wallpaper" je untuk huruf huruf nya.
Beginilah susunannya untuk dekorasi farmhouse dapur ini.
Dah tergantung rak daripada laci kat situ Lekat hook pastu gantung situ.
Pandangan "coffee bar". Saya gunakan speaker terpakai yang cik somi bawa balik.
Sumber : Bell Nabila