Siapa yang tidak sukakan apabila rumah kita di transformasikan daripada rumah yang biasa menjadi luar biasa. Tidak ramai yang mampu membuatkan transformasi sebegini tambahan pula dengan rumah yang dah lama dari zaman 80an.
Transformasi dalaman rumah yang dikongsikan oleh Mira Nabila Wahiba ini sangat menarik perhatian Giler Deco ini. Dari rumah yang kelihatan setinggan dari luar namun didalam kelihatan sangat mewah seakan-akan rumah dalaman kondo.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana Mira Nabila ini melakukan transformasi dalaman rumah ini. Jom kita tengok gambar sebelum dan selepas hasil transformasi tersebut dilakukan.
From nothing to something. Orang cakap "luar rumah macam setinggan, dalam macam kondo" pun boleh buat saya tersenyum simpul. Mau tak kembang kuncup hidung tu? Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki ya
Luar Nampak Setinggan
Inilah rupa luar rumah saya. Rumah teres kos rendah tahun 80 an, 2 bilik 1 bilik air. Ya, sekarang pun masih rupa macamtu. Biar la orang nak cakap tak cantik ke apa.
Lantai asal rumah simen je.
SEBELUM
Awal2 duduk pakai tikar getah je. Sakit mata tengok gelembung2 tu. Tingkat atas takde bilik air. Jadi kami suka berkampung bergumpal depan tv kat bawah je. Bilik atas buat tempat simpan barang je.
SELEPAS
PKP 1 tahun lepas saya cuti niaga, suami cuti kerja. Daripada takde kerja nak buat, kami kerjakan rumah. Dari pasang vinyl, mengecat, susunatur semua kami buat berdua.
Daybed kami cat hitam
Tambah cermin untuk effect luas. Set sofa coklat ni beli dari kedai perabot biasa je kat batu pahat
Daybed kami alihkan. Gantikan dengan display rack. Display rack ni saya custom. Tukangnya orang Batu Pahat. Dia ikut bajet kita.
SEBELUM
Tilam dah pindah atas. Naik atas bila nak tidur malam je. Selagi belum ada bilik air kat atas, tak rajin nak naik atas banyak kali. Lantai atas lantai kayu.
Bilik ni pula memang tak duduk pun. Tingkap pun togel je.
SELEPAS
Kita cat putih je pastu tukar blind.
SEBELUM
Bilik atas xde bilik air, malas nak turun naik banyak kali, letak je baju kat bawah.
Dapur basic je. Cabinet pun belum ada. Yang penting motor dah tak park kat dapur.
Belum ada toilet kat bilik atas, jadi kita letak je lemari kat dapur. Bersiap semua kat bawah.
Sumber : Mira Nabila Wahiba