Mempunyai ruang bilik yang lama dan lusuh bukanlah menjadi satu masalah besar untuk anda dalam mengubahsuai rumah dan bilik kediaman. Jadi untuk memastikan keceriaan dan keselesaan didalam rumah dan bilik anda. Tidak salah sekiranya anda cuba untuk membuat transformasi untuk bilik anda. Sebagai contoh tukarkan bilik anda kepada konsep dan gaya baru meskipun anda tinggal dirumah lama dan lusuh. Perkongsian kali ini adalah dari Anis Syuhada. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi bilik lusuh guna "konsep minimalis" hanya dengan barangan IKEA.
Apa yang dilakukan wanita ini agak menarik kerana dengan keadaan bilik yang lama dan lusuh dapat diubahsuai dengan gaya dan konsepbaru. Sangat menarik apa yang dilakukan oleh wanita ini.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian sebelum dan selepas yang dikongsi oleh wanita ini.
Ini adalah keadaan ruang bilik kediaman sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan konsep dan gaya baru moden yang cantik.
Ini adalah keadaan ruang bilik selepas selesai diubahsuai dengan gaya dan konsep baru iaitu mewah simple.
Kod cat adalah Jotun Majestic : Link Shopee - https://invol.co/cl3190k
Ini pula adalah keadaan dinding bilik dan pintu bilik setelah proses ubahsuai selesai dijalankan dengan gaya dan konsep baru. Cantik bukan?
Ini pula adalah keadaan bilik pada waktu malam dengan menggunakan lampu bilik tidur bagi menaikkan lagi seri bilik ini.
Keadaan bilik tidur apabila lampu tidur dibuka. Cantik dan kelihatan selesa untuk tidur.
Keadaan bilik tidur dari sudut berbeza apabila lampu tidur dibuka.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda semua pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberi inspirasi dan menghadirkan idea untuk anda dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur anda. Bilik tidur yang cantik adalah datang dari pemilik bilik yang peka terhadap bilik.