Tinggal di rumah jenis kuaters memang agak mencabar sedikit untuk membuat dan melakukan ubahsuai rumah supaya lebih cantik dan menarik lagi. Walaupun tinggal di rumah kuaters, itu semua bukanlah menjadi penghalang untuk anda dalam cuba untuk deco rumah kuaters anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang bernama Suzaitul Adwini. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi bilik serba guna kuaters guru kepada mini surau guna konsep farmhouse.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang agak menarik ini.
Assalamualaikum.
Projek diy di kuaters guru.
Transform bilik serba guna kepada "mini surau" menggunakan konsep farmhouse.
Yang menariknya kayu spin yang digunakan saya beli dari kedai eco rm2 sebatang. Tak tahu pula kedai eco ada jual kayu spin. Terus borong beli kayu.
Menggunakan board and batten wall sebagai main concept.
Ini adalah keadaan bilik yang ingin dijadikan mini surau sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah semasa proses ubahsuai mula dilakukan dengan pemasangan batten wall pada dinding bilik ini.
Ini pula adalah semasa proses mengecat dilakukan dengan menggunakan cat warna putih terlebih dahulu.
Ini adalah semasa proses mengecat batten wall dilakukan.
Inilah hasilnya setelah bilik ini selesai diubahsuai dan ditukarkan kepada mini surau gaya farmhouse yang simple tapi menarik.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian deco mini surau ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk deco bahagian rumah anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.