Hubungan dan kerjasama diantara guru dan murid ni sememangnya sangat penting di dalam sesebuah persekitaraan sekolah. Tanpa kerjasama diantara guru dan murid, sesebuah persekitaraan sekolah tersebut tidak akan cantik dan maju.
Kita ambil contoh Sekolah Rendah Permatang Buloh di Yan, Kedah ini. Guru dan murid berganding bahu dalam melakukan sesebuah transformasi bilik guru. Hasil daripada guru dan murid sememangnya membuahkan hasil dan bilik guru tersebut daripada suasana yang biasa terus nampak ceria bertemakan warna "Light Green".
Alhamdulillah. Pelan-pelan kayuh akhirnya selama 3 bulan kami berjaya melakukan transformasi bilik guru.
Semoga Bilik Guru Impian SKPB ini dapat menjadi pemangkin kepada guru-guru untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam suasana yang tenang dan harmoni.
Terima Kasih TEAM DECO SKPB dan kerjasama semua guru dan staff samada dalam bentuk tenaga dan wang ringgit.
Rupa Bilik Guru Sebelum Kerja-Kerja Ubahsuai Dilakukan
Berikut merupakan rupa bilik guru sebelum proses-proses ubahsuai dilakukan.
Laser pengukur ini diperlukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat dan lurus.
Hasil Akhir Dekorasi Bilik Guru Yang Dilakukan
Tadaaaa! Inilah dia rupa akhir ubahsuai bilik guru yang dilakukan oleh para guru dan murid Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh ini. Sangat bersyukur dengan hasil kerjasama yang dilakukan ini.
Untuk dekorasi bilik guru ini, penggunaan warna hijau lembut ini sangat sesuai dengan suasana bilik guru ini kerana. Tidak nampak menonjol sangat dan kelihatan sangat tenang.
Gambaran meja-meja para guru yang disusun cantik.
Ini pula merupakan ruang kepada sesiapa yang ingin berjumpa dengan guru samaada ibubapa atau juga murid.
Lampu spotlight yang digunakan adalah untuk menaikkan lagi suasana didalam bilik guru ini. Boleh dapatkan di platform Shopee sahaja. Wainscoting juga merupakan hasil kami.
Ruang solat ini juga disediakan kepada para guru yang ingin menunaikan solat di bilik guru ini.
Sumber : Noridah Ayob