Siapa sahaja yang suka tinggal dalam keadaan kotor dan kurang bersih bukan? Lagi-lagi apabila anda baru sahaja membeli rumah tersebut. Pasti perkara pertama yang anda lihat dulu adalah kebersihan rumah, jenis deco rumah dan keadaan tandas. Perkongsian Giler Deco pada kali adalah dari Norsuliana Mohamed Basir. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi bilik air "kotor & lusuh" kepada konsep ala bilik air hotel mewah.
Apa yang menarik untuk perkongsian pada kali ini adalah konsep dan gaya ubahsuai tandas kotor yang dilakukan oleh pemilik baru rumah ini sangat menakjubkan. Konsep dan dekorasi yang dihasilkan jelas membuatkan tandas seratus peratus berubah dengan gaya baru.
Beli rumah secondhand sahaja. Mula-mula masuk rumah ini memang kotor sangatlah. Sikit-sikit kami membuat renovasi, tengok dan survey jenis dekorasi dan perkongsian dari sahabat-sahabat dalam group ini.Sekarang baru boleh dapat bilik air yang selesa macam ini.Modal lebih kurang dalam RM1.4k (RM1400) siap satu bilik air sekali tukar pintu.
Ini adalah keadaan tandas rumah yang baru dibeli . Jelas kelihatan agak kotor dan agak tidak selesa jika ingin digunakan.
Ini adalah keadaan paip tandas ini ketika rumah ini dibeli. Keadaan dan kawasan paip air kelihatan agak berkarat.
Ini adalah keadaan rumah selepas pengubahsuaian selesai dilakukan dengan konsep dan gaya baru.
Ini adalah keadaan cermin tandas selepas proses ubahsuai selesai dilakukan.
Ini pula adalah keadaan tandas rumah ini dari sudut pandangan lain selepas selesai diubahsuai dengan gaya dan konsep baru. Sangat cantik apa yang dilakukan pemilik rumah ini.