Siapa sangka rumah kampung yang telah lama dibiarkan dan ditinggalkan tidak berpenghuni ini yang terletak di Tuaran, Sabah tersebut merupakan rumah bekas arwah nenek kepada Tuan Asri Meris Anthony. Beliau mendapat idea transformasi ke " Shabby & Cottage " untuk mengubah kediaman kampung tersebut mendapat desain kedesaan Inggeris yang luar biasa.
Pasangan suami isteri ini, Tuan Asri Meris Anthony dan isterinya kerap kali keluar negara. Dalam penjelajahan itu, mereka memperolehi banyak idea dekorasi. Selepas mendapat kerja di Sabah, mereka mula terfikir untuk menetap di rumah yang ditransformasikan.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana transformasi 2 tahun daripada rumah kampung ke konsep " Shabby & Cottage". Setiap transformasi tersebut merupakan idea daripada Tuan Asri Meris Anthony dan isterinya sendiri. Jom kita tengok.
“Kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini, bukan untuk riak atau menunjuk. Tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain."
Struktur Asal Dan Proses Mengecat Semula
Banyak kayu struktur asal ini telah rosak terutaman bahagian dinding dan tangga. Semua bahagian perlu dibaiki. Ini merupakan struktur asal rumah ini dan banyak teah dicat semula.
Meratakan Tanah
Selepas proses mengecat, proses seterusnya ialah meratakan tanah dibahagian bawah tanah rumah. Disamping itu juga, kami menukarkan tingkap asal kepada tingkap yang lebih moden iaitu selari dengan tema "inggeris" yang diimpikan.
Proses Menukar Tingkap
Hampir semua tingkap setiap ruang ditukarkan. Kami memilih frame putih dan clear glass agar ia selari dan bersesuaian dengan konsep " Shabby & Cottage " ini.
Proses Menukar Pintu
Proses penukaran pintu bermula.
Proses Membuat Tangga dan Balkoni
Menghias Ruang Balkoni
Walaupun masa balkoni dan membuat tangga masih belum selesai, namun proses menghias ruang balkoni telah pun bermula. Wiring lampu juga sudah mula dipasang.
Proses Pemasangan dan Proses Railing
Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing.
Siap Proses Railing
Setelah pemasangan railing ini siap, hati mula berbunga-bunga sebab gambaran desain balkoni & tangga itu nampak seperti yang diidamkan. Proses memasang tile tangga juga telah bermula.
Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep “shabby & cottage”.
Hasil Yang Menakjubkan
Tadaaaaaa… Inilah hasilnya.. Walaupun bukanlah segah rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. hehehehe
Sumber : Tuan Asri Meris Anthony
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- Makeover Dan Dekorasi Rumah Teres Mengikut Konsep “Contemporary Modern Style”