Pada masa kini, rata-rata pemilik rumah sering menggunakan bumbung metal deck tidak kira pada bahagian awning, halaman rumah dan sebagainya. Hal ini kerana, dari segi harga, ia lebih murah dan dapat menjimatkan kos. Tetapi jika anda mahu lebih penjimatan dalam penggunaan metal deck ini. Anda boleh melakukan pemasangan secara sendiri (DIY) dengan mengikuti beberapa tips mudah mengenai pemasangan bumbung metal deck ini.
Jom ikuti tips yang mudah dan menarik ini.
Sebab saya ada bumbung asal hampir 2 kaki dari dinding, maka proses waterproofing saya tak macam 4 layer projek awning hari itu. Cukup pakai bitumen flashing tape sahaja.
Langkah Pemasangan Bumbung Metal Deck :
Pada bahagian tersebut, seperti dalam gambar dibawah ini, beliau pakai flashing aluminium sebelah sana dengan bumbung asal. Sebab sudah ada bumbung atas, bahagian tepi dinding beliau tak perlu lagi buat waterproofing disebab air tak sampai pun ke dinding, cukup sekadar bitumen tape.
Harga VitalBand ini dalam lingkungan RM18-19 di kedai hardware. Kalau beli banyak, lebih untung beli di Shopee.
Bahagian tepi sekali itu tak dapat skru lagi. disebabkan oleh cuaca mula hujan dan petir.
Bila struktur dan cara pemasangan betul. Boleh tampung beban yang secukupnya.
Dari luar tinggi. Tak berani beliau nak akses dari luar pagar ini kerana merbahaya dan risiko untuk jatuh.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Kredit : Ben Safwan