Tips Mudah Simpan Ubat Dirumah Ikut Kategori

Ditulis oleh

Pada saat negara dilanda wabak pandemik coronavirus (Covid-19) serta musim tengkujuh yang hampir tiba ini, sudah pasti bekalan ubat merupakan salah satu bekalan yang sukar untuk ada di dalam rumah kita. Lebihan pula Pihak Kerajaan telahpun melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat(PKPB) membuatkan pergerakan ke klinik ataupun hospital akan terbatas. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips mudah simpan ubat dirumah ikut kategori.

Justeru itu, min nak kongsikan kepada anda beberapa tip penting dalam pengurusan ubat-ubatan di rumah anda agar stok ubat di rumah anda tidak akan terputus serta memudahkan proses pencarian ubat apabila perlu. Tips ini telah dikongsikan daripada Puan Hani Mynis. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Jom sama-sama kita saksikan tips yang menarik ini.

Tips Mudah Simpan Ubat Dirumah Ikut Kategori :

 

1. Sediakan atau khaskan satu ruang dalam kabinet atau laci khas untuk penyimpanan ubat.

  • Pastikan ruang yg dipilih cukup tinggi tak mudah dicapai oleh anak-anak.
  • Pastikan ruang yg dipilih jauh dari kawasan lembap (spt bilik air), tidak terlalu terdedah kpd cahaya matahari atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kd tiga perkara ni: cahaya, haba dan kelembapan).
  • Pastikan kabinet ubat tersebut mudah untuk di akses oleh orang dewasa.

2. Anda disarankan untuk menggunakan bekas yang lutsinar. Hal ini untuk memudahkan anda untuk melihat jenis ubat yang anda perlu makan.

3. Simpan ubat ke dalam bekas mengitkut kategori ataupun jenis-jenis ubat seperti yang dilakukan oleh Puan Hani di mana beliau menyusun ubat-ubatannya mengikut 9 kategori ubat.

  • Oral care
  • Eye care
  • Ear
  • Syringe and dosage cup
  • Skin
  • Wound treatment
  • Nose and throat
  • Muscle pain
  • Indigestion

Selain itu, anda perlu menyediakan sekurang kurangnya tiga bekas ubatan lagi iaitu.

  • Supplement
  • Medical kit
  • Prescription

4. Labelkan setiap bekas. Anda diwajibkan untuk melabel setiap bekas tersebut.

5. Keluarkan ubat dari kotak yg besar supaya mudah disimpan serta menjimatkan ruang.

Sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yg penting, boleh simpan dalam fail medical untuk dirujuk sampai bila-bila.

6. Bagi ubat yang berbentuk pil bolehlah disimpan dalam pill box.

Anda disarankan untuk ubat pil tersebut dari packaging tersebut. Untuk ubat yg sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua-dua. Untuk ubat yg lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu kat papan pill tu ada tulis expired date).

Info Tambahan :

Hanya ubat tertertu sahaja boleh disimpan dalam peti ais. Contohnya : ubat diarah bancuh sendiri seperti ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentuk sirap yang sudah sedia dibancuh jangan disimpan dalam peti ais ya contoh nya ubat batuk atau ubat demam anak kerana ianya akan menyebabkan ubat tersebut cepat rosak.

Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 15, 2020
Dikemaskini pada
November 15, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram