Tips Mudah Penjagaan Barangan Elektronik Setelah Terkena Air Banjir

Ditulis oleh

Bencana banjir yang melanda pada ketika ini banyak meninggalkan kesan yang agak teruk terutama sekali untuk rumah mereka yang ditenggelami air akibat banjir melanda. Kebanyakkan rumah yang dilanda banjir akan dipenuhi lumpur dan barangan-barangan elektronik tidak terkecuali dimasuki dan dihanyutkan air serta menyebabkan kerosakan.

Sebenarnya, barangan elektronik yang terkena air banjir itu tidak rosak sepenuhnya, tetapi, malangnya ia menjadi rosak sepenuhnya sekiranya anda melakukan kesalahan semasa cuba menghidupkan untuk digunakan semula.

Untuk memastikan barangan elektronik tersebut dapat digunakan semula tanpa menanggung kerosakan, anda perlu mengetahui cara dan tips mudah mengenai cara menguruskan barangan elektronik yang terendam banjir. Jadi jom ikuti tips ini.

barangan elektronik banjir

Tips Kepada Mangsa Bencana Banjir Berkaitan Barangan Elektrik Dan Elektronik Yang Terendam Banjir

 

bersih rumah banjir

  1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test sama ada ianya masih OK atau TIDAK.
    Hal ini kerana, apabila aliran elektrik berjalan semasa barangan elektronik tersebut basah, ia boleh menyebabkan litar pintas.
  2. Kumpul semua peralatan eletrik, kemudian tembak air menggunakan water jet atau paip hos untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
  3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
  4. Bila rasa sudah cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
  5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
  6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
  7. Akhir sekali barulah hidupkan untuk test OK atau TIDAK. Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan eletrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

cuci rumah banjir

Diharap tips ini bermanfaat untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru. Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya.

Kredit : Fida Firdauz

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 20, 2021
Dikemaskini pada
Disember 20, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram