Sudah lama Giler Deco tidak berkongsi tips-tips yang menarik untuk anda dalam kehidupan harian kita. Jadi hari ini Giler Deco ingin berkongsi tips yang berguna terutamanya bagi suri rumah. Kami yakin suri rumah diluar sana pasti menyukainya. Apa yang ingin dikongsikan adalah tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama.
Sebagai suri rumah benda yang paling penting sewaktu berada didapur adalah cecair pencuci pinggan kerana benda ini digunakan setiap hari untuk mencuci pinggan. Tanpa pencuci rumah pinggan mangkuk rumah anda tidak akan bersih dan berkilat
Akan tetapi, apabila selalu mencuci pinggan semestinya cecair pencuci akan cepat habis tidak sampai sebulan pun sudah perlu beli yang baru. Jom ikuti tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama yang disediakan di laman twitter oleh @AinulNunanaa.
Okay macam yang anda nampak, cecair pencuci sunlight dibahagikan kepada dua botol. Setiap botol dapat separuh cecair pencuci.
Kemudian masukkan garam. Bagi sebati macam dalam gambar diatas.
Selepas keduanya sudah dicampurkan dengan garam, isi air sampai penuh dan goncang. Setelah selesai goncang boleh guna seperti biasa. Hasilnya, bukan setakat anda jimat cecair pencuci, tapi masa membasuh pun jimat sebab apabila mencuci pinggan dan periuk jadi smooth gila. Even berminyak pun, jadi kesat, licin berkilat. Memang puas hati.
Itulah sahaja perkongsian Giler Deco yang ingin dikongsikan untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak berguna kepada anda dalam untuk melakukan aktiviti harian ketika didapur. Di harap perkongsian ini berguna untuk suri rumah diluar sana.