Tips Jimatkan Cecair Pencuci Pinggan Supaya Tahan Lama

Ditulis oleh

Sudah lama Giler Deco tidak berkongsi tips-tips yang menarik untuk anda dalam kehidupan harian kita. Jadi hari ini Giler Deco ingin berkongsi tips yang berguna terutamanya bagi suri rumah. Kami yakin suri rumah diluar sana pasti menyukainya. Apa yang ingin dikongsikan adalah tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama.

Sebagai suri rumah benda yang paling penting sewaktu berada didapur adalah cecair pencuci pinggan kerana benda ini digunakan setiap hari untuk mencuci pinggan. Tanpa pencuci rumah pinggan mangkuk rumah anda tidak akan bersih dan berkilat

Akan tetapi, apabila selalu mencuci pinggan semestinya cecair pencuci akan cepat habis tidak sampai sebulan pun sudah perlu beli yang baru. Jom ikuti tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama yang disediakan di laman twitter oleh @AinulNunanaa.

Tips Jimatkan Cecair Pencuci Pinggan Supaya Tahan Lama :

 

Tips 1 :

Okay macam yang anda nampak, cecair pencuci sunlight dibahagikan kepada dua botol. Setiap botol dapat separuh cecair pencuci.

Tips Jimatkan Cecair Pencuci Pinggan Supaya Tahan Lama

Tips 2 :

Kemudian masukkan garam. Bagi sebati macam dalam gambar diatas.

Tips 3 :

Selepas keduanya sudah dicampurkan dengan garam, isi air sampai penuh dan goncang. Setelah selesai goncang boleh guna seperti biasa. Hasilnya, bukan setakat anda jimat cecair pencuci, tapi masa membasuh pun jimat sebab apabila mencuci pinggan dan  periuk jadi smooth gila. Even berminyak pun, jadi kesat, licin berkilat. Memang puas hati.

Itulah sahaja perkongsian Giler Deco yang ingin dikongsikan untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak berguna kepada anda dalam untuk melakukan aktiviti harian ketika didapur. Di harap perkongsian ini berguna untuk suri rumah diluar sana.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 22, 2020
Dikemaskini pada
November 22, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram