Beberapa Tips Elakkan Baju Daripada Kembali Berkedut

Ditulis oleh

Salah satu masalah yang sukar buat kaum mak-mak adalah masalah baju sekolah anak-anak ataupun baju kerja suami mereka sentiasa berkedut walaupun lepas digosok. Perkara ini membuatkan kaum ibu pening untuk memikirkan solusi terbaik untuk mengelakkan baju berkedut kembali menghantui pikiran mereka lagi.

Jangan risau kerana min ada ternampak satu posting daripada Puan Wani Rashid ini melalui laman Facebook miliknya. Beliau ada berkongsikan beberapa tips penting untuk mengelakkan daripada baju kembali berkedut lagi walaupun selepas digosok. Tips yang dikongsikan ini sangat menarik untuk dicuba di rumah anda.

Jom kita sama-sama saksikan perkongsian daripada beliau.

Tips Penting Elak Baju Daripada Berkedut

TIPS HANGER BAJU ANTI-KEDUT
Sebenarnya tips ni Wani amalkan dari zaman tudung senget rambut belah tepi masa Wani duduk asrama dulu. Wani pun tak tau mana datangnya tips ni. Tapi bila Wani dah kawen, tips ni dah berjaya buatkan keje Wani jadi lagi mudah!
Langkah-langkah pembuatan :
  1. Lepas gosok sehelai baju, amik satu hanger besar dan terbalik kan dia menghadap ke bawah, pastu masukkan dalam baju tu. Langkah ini mudah je seperti hanger baju anda yang biasa. Beza nya cuma terbalikkan sahaja hanger tersebut.
  2. Amik satu hanger kecik, lepas tu anda selitkan hanger tersebut di antara hanger besar.
  3. Lepas tu siap untuk disangkut. Min yakin yang tiada lagi masalah baju berkedut selepas ini.

tips baju berkedut

tips baju berkedut

Bila dah hanger ikut tips ni, takde lah anda semua berpeluh-peluh nak kena gosok balik baju itu. Seterusnya anda boleh sangkut je baju yang sudah digosok tu.

Mudah je kan tips yang dikongsikan oleh puan wani ini. Jom kita sama-sama praktikkan perkongsian yang bermanfaat ini.

 

Kredit : Wani Rashid

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 13, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 13, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram