Pada zaman moden kini, langsir dan rumah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang baru berpindah rumah, langsir sangat diperlukan bagi hiasan dalam rumah serta sebagai keselamatan buat anak-anak mereka. Namun disebabkan terdapat banyak jenis langsir yang ada buatkan kaum ibu pening untuk memilih langsir mana yang sesuai dengan mereka. Pada pandangan saya, langsir yang bercorak "eyelet" ini sangat sesuai dengan gaya rumah masa kini kerana ia mudah untuk dipasang, berkonsepkan langsir moden, dan juga penjagaannya mudah kerana hanya memerlukan sekeping kain untuk dipasang serta mudah dibuang untuk dibasuh kain tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai tips elak gelembung langsir "eyelet" tidak sekata.
Namun, ada kekurangan sekiranya anda ingin menggunakan kain langsir ini kerana anda akan sering kali mendapat kesan gelembung langsir yang tidak sekata justeru buatkan anda rimas untuk mengekalkan gelembung langsir ini supaya sentiasa sekata. Seorang pengguna dari laman sosial Facebook Lia Johari telah berkongsikan cara-cara untuk mengelakkan daripada kesan gelembung langsir yang tidak sekata itu tidak berlaku lagi. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.