3 Bahan Yang Mampu Menghalau Cicak Dari Rumah!

Ditulis oleh

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.

Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Secara amnya, kita mengetahui bahawa cicak boeh dijumpai di mana-mana sahaja. Paling mudah, di rumah kita sendiri. Cicak yang banyak di rumah akan menyebabkan najisnya bersepah di atas lantai, di atas meja, malah ada yang akan melekat pada dinding.

Lebih parah lagi apabila cicak ini masuk ke bawah tudung saji untuk menjilat makanan. Masalah pembiakan cicak di dalam rumah boleh membuatkan sesiapa sahaja runsing. Mana tidaknya, setiap sudut di dalam rumah dipenuhi dengan najis cicak dan berbau busuk. Ikuti perkongsian Muna binti Muhammad melalui lama facebook beliau tentang 3 bahan berkesan untuk menghalau cicak dari rumah anda.

3 Bahan Utama Mampu Menghalau Cicak Di Rumah

"CICAK MEMENINGKAN KEPALA KORANG??

Malu dengan tetamu datang rumah nampak najis cicak bersepah? Cecantik tahu ibu-ibu kat luar sana mesti selalu hadapi masalah ni kan? meh la Cecantik share cara yang mujarab untuk selesaikan masalah ni”

Bahan-Bahan:

  • 1/3 cuka makan( tidak kira jenama apa)

3 bahan menghalau cicak

  • 1/3 cecair basuh pinggan (ini pun sama tidak kisah jenama apa)

  • 1/3 air biasa3 bahan menghalau cicak

Spray di kawasan seperti di seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut.

Tunggu dan lihat kesannya nanti

Selamat mencuba!

Kredit : Muna binti Muhammad

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 12, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 12, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram