Tips DIY Rumah Sederhana Menjadi Rumah Mewah

Ditulis oleh

Hidup pada zaman serba mahal sekarang memang tak dapat lagi kita nak lari. Ingin memiliki rumah yang serba lengkap dan cantik sememangnya memerlukan kita untuk mengeluarkan wang yang banyak. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips diy rumah sederhana menjadi rumah mewah.

Tapi dengan sedikit olahan idea diy dirumah, anda dapat menukar rumah anda daripada biasa-biasa menjadi sesuatu yang bakal membuat tetamu rumah anda berasa teruja apabila melihatnya.

Ikuti tip di bawah ini untuk menjadikan rumah anda luar biasa!

Tips DIY Rumah Sederhana :

 

1. Book stopper

deco rumah

Buku-buku anda kini dapat disusun rapi dengan menggunakan penahan buku atau book stopper sebagai rak buku tergantung di rumah. Ia seolah-olah memberi ilusi bahawa buku anda sedang berada dalam kedudukan “terbang”. Nampak smart bukan? Cubalah!

2. Sofa daripada kayu pallet

deco rumah

Kayu pallet banyak kegunaannya apabila anda kreatif untuk mengolahkannya menjadi seperti apa. Bagi menjimatkan kos, apa kata anda gunakan sahaja kayu pallet sebagai set kerusi dan meja di rumah anda. Anda boleh letakkan di mana-mana sahaja di kawasan rumah anda mengikut citarasa. Set ini bakal mencantikkan pemandangan rumah lagi jika anda tambahkannya dengan bantal dan set akesesori cute yang lain.

3. Cat dan masking tape

deco rumah

deco rumah

deco rumah

Hanya berbekalkan masking tape dan cat sahaja, corak berbentuk abstrak di dinding yang telah dihasilkan oleh Puan Aida Kama ini telah membuahkan hasil yang cantik sekali! Ia seakan memberi wajah baru yang segar terhadap dinding rumah anda apabila kepelbagaian warna di cat pada dinding rumah anda dengan corak yang boleh direka mengikut kekreatifan anda.

4. Jahitkan 5 perai sarung bantal untuk menjadikannya sekeping tilam.

deco rumah

Anda boleh mengaplikasikan tip ini sekiranya anda mempunyai bantal yang banyak di rumah! Anak-anak anda pasti tersenyum gembira apabila mereka dapat tidur dengan nyenyak dan selesa di atas tilam diy ini. Cubalah!

5.Penutup tingkap lama menjadi pemegang surat

deco rumah

deco rumah

Jika anda mempunyai penutup tingkap lama atau window shutter, jangan terus membuang ia! Tapi, cuba untuk diy kan ia menjadi tempat letak surat-surat atau boleh juga meletakkan barang-barang ringan seperti dalam gambar. Maka, anda tidak perlu lagi berdepan masalah barang anda bersepah dan ”hilang tiba-tiba” setelah mencuba tip ini. Simple!

6.Tayar terpakai

deco rumah

Macam-macam jenis DIY yang kita boleh hasilkan dengan tayar. Salah satu contoh paling menarik ialah kerusi santai di ruang tamu. Lihat saja pada gambar di atas. Nampak selesa betul kerusi tayar DIY ini kan? Cantik pula tu!

7. Susunan paip pvc atau tin cat menjadi rak kasut

deco rumah

Paip-paip PVC atau tin-tin cat anda itu sebenarnya banyak kegunaannya jika betul-betul dimanfaatkan. Salah satunya adalah dengan menjadikan ia sebagai rak kasut. Bukan sahaja dapat menyusun kasut anda dengan kemas, bahkan rumah anda juga akan nampak kreatif.

8. Kerusi kayu

deco rumah

Siapa sangka kerusi yang saban hari anda gunakan untuk duduk itu sebenarnya ada kegunaan untuk perkara lain juga. Sebagai contoh, idea diy seperti dalam gambar adalah menarik untuk dibuat di rumah. Dengan hanya menggunakan kerusi sahaja, anda dapat menjadikan ia sebagai penggantung baju dan tempat letak barang.

Itu sahaja yang dapat Giler Deco kongsikan untuk hari ini. Selamat mencuba. Jika anda berminat ingin memberi barangan seperti yang digunakan diatas itu, anda boleh lihat dibawah ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 10, 2020
Dikemaskini pada
Februari 10, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram