Tips Dan Langkah Keselamatan Semasa Menghadapi Bencana Banjir

Ditulis oleh

Dalam keadaan negeri-negeri di Malaysia ketika ini dikejutkan dengan bencana banjir yang sedang melanda ini, ramai dikalangan pemilik rumah kawasan rendah sudah mula menekan buang panik oleh kerana rumah mereka mula dinaiki air. Hal ini disebabkan oleh faktor hujan yang berpanjangan menyebabkan terjadinya banjir dan tanah runtuh.

Saat ini, banyak negeri-negeri yang mula terkesan dengan banjir seperti Selangor, Pahang, Kelantan, Melaka dan Terengganu. Selain isu banjir, di Selangor sekali lagi dikejutkan dengan isu bencana alam lain seperti tanah runtuh, kawasan yang terkesan disebabkan tanah runtuh ini adalah di lebuhraya Karak.

Jadi, Giler Deco pada kali ini mahu berkongsi beberapa tips keselamatan yang berguna sekiranya anda menghadapi masalah banjir seperti ini. Jom sama-sama ikuti perkongsian ini.

Tips Dan Langkah Keselamatan Semasa Menghadapi Musibah Banjir

 

Membuat Persediaan Menghadapi Banjir

  1. Sebagai langkah berjaga-jaga anda seeloknya sentiasa mengikuti perkembangan info semasa mengenai masalah banjir dikawasan anda. Pastikan anda mengambil cakna mengenai sistem amaran banjir dan mendengar hebahan dari semasa ke semasa yang disampaikan melalui platform yang sahih seperti radio, televisyen dan media sosial serta bilik gerakan banjir negeri atau daerah yang berhampiran.
  2. Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis. Pastikan anda membersihkan kawasan tersebut terlebih dahulu dan buang segala benda yang membuatkan ianya tersumbat. Selepas itu, tutup dengan rapat supaya air banjir tidak dapat masuk melaluinya.
  3. Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya. Apa yang penting pastikan keluarga anda tahu cara bagaimana mengatasi masalah tersebut dan jangan panik. Harus diingat sikap panik dapat mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, pastikan alat komunikasi seperti telefon dicas penuh dan berfungsi dengan baik.

Cara menjaga keselamatan semasa banjir

Persediaan Semasa Tanda-Tanda Banjir Hampir Tiba

  1. Sekiranya langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan di televisyen dan corong-corong radio atau dari pihak yang berwajib, pastikan anda memindahkan peralatan yang penting di dalam rumah ke tempat yang lebih selamat.
  2. Letakkan dokumen penting ditempat yang selamat dan bawa bersama-sama didalam bekas atau plastik kedap yang kalis air.
  3. Perkara yang penting sekali adalah pastikan menutup suis-suis eletrik, injap utama bekalan air dan juga gas.
  4. Jika anda hidup berjiran, pastikan jiran anda juga peka dengan isu dan bencana banjir yang akan berlaku. Hal ini kerana, ia akan memudahkan orang disekeliling kita untuk membuat persediaan menghadapi banjir ini.

Semasa Pemindahan

  1. Apabila anda menerima arahan untuk berpindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan.
  2. Seeloknya berpindahlah sebelum air banjir mula menaik dan pada waktu siang. Hal ini kerana, ianya lebih memudahkan dan keselamatan pun lebih terjaga.
  3. Ikut laluan yang telah disediakan, jika laluan lain berkemungkinan terhalang disebabkan banjir.

Pemindahan mangsa banjir

Langkah Keselamatan Semasa Menghadapi Banjir

 

Semasa menghadapi bencana banjir yang tidak dapat dielakkan ini, anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai pengetahuan keselamatan dan persediaan awal supaya ia berguna semasa menghadapi musibah ini. Sekurang-kurangnya, ia dapat menyelamatkan nyawa anda dan keluarga serta dapat mengurangkan kos kerugian yang tinggi bakal dihadapi semasa banjir.

Semasa di Luar Rumah

Pergi ke tempat yang selamat. Elakkan dari melalui banjir tersebut, jika anda melalui banjir yang mempunyai arus yang deras, ia boleh menghanyutkan anda. Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan sesekali bermain dikawasan banjir tidak kira dengan bersampan atau berjalan kaki. Hal ini kerana, dengan berbuat demikian kita dapat mengelakkan dari berlakunya lemas dan sebagainya. Disamping itu, jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Dengan demikian, ia dapat mengelakkan diri dari terkena renjatan elektrik.

Akhir sekali, awasi anak-anak anda dan jangan biarkan mereka minum, bermain air banjir di longkang, lombong dan sungai. Pencegahan ini perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlakunya insiden yang melibatkan nyawa.

Semasa di Dalam Kenderaan

Sekiranya kenderaan yang anda naiki itu tersangkut, kunci kenderaan tersebut dan tinggalkan sahaja disitu lalu bergeraklah dan mencari tempat yang lebih selamat. Jangan sesekali mengharungi kawasan banjir tersebut, hal ini kerana, ia lebih membahayakan keselamatan dan berkemungkinan boleh dibawa arus. Anda disarankan patah balik dan cari tempat tinggi yang lebih selamat.

bencana banjir

Selepas Banjir

Selepas pihak berwajib membenarkan untuk pulang ke rumah, pastikan anda memakai kasut sebelum masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Mula-mula, periksa keadaan dinding, lantai, pintu dan tingkap terlebih dahulu. Selepas itu, periksa sebarang kehadiran haiwan atau binatang liar dan serangga berbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan dikawasan rumah anda. Anda perlu perhatikan keadaan siling dan dinding yang mereka dan jatuh, risau jika ianya runtuh dan sebagainya.

Selain itu, untuk bahagian dapur pula, anda perlu periksa paip saluran gas yang mungkin bocor atau pecah setelah dilanda banjir. Wayar elektrik yang terendam juga wajib diperiksa, ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya litar pintas akibat terkena air banjir. Selepas itu, periksa barangan elektronik, pastikan terlebih dahulu sama ada ianya masih elok dan boleh digunakan atau telah rosak. Bahan-bahan yang mudah terbakar juga perlu diperiksa, contoh bahan yang mudah terbakar adalah Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya.

Akhir sekali, jika terdapat makanan yang terkena banjir, tidak kira makanan didalam peti atau makanan dalam tin sekali pun, anda disaran untuk membuangnya. Jika adanya kerosakan yang teruk, segeralah laporkan kepada pihak yang berwajib bagi mengelakkan isu-isu yang tidak sepatunya terjadi.

bencana banjir

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga kita sentiasa dielakkan dan dijauhkan dari musibah banjir yang melanda. Amin

Baca juga : https://gilerdeco.com/cara-mudah-pasang-lantai-vinyl-gaya-tulang-ikan/

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 19, 2021
Dikemaskini pada
Disember 19, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram