Lipas adalah sejenis haiwan kotor yang suka bersarang di tempat-tempat yang jarang dikemaskan. Selalunya lipas suka menyorok di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur, bilik stor dan almari lama. Memang agak geli apabila tengok lipas berkeliaran dalam rumah, lagi-lagi kalau di bahagian dapur. . Lipas akan aktif apabila waktu sunyi seperti waktu tengah malam. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi tips dan cara mudah untuk menghalau lipas di rumah.
Kebiasaannya apabila tengok lipas merayap atau berterbangan dalam rumah, anda akan ambil penyapu atau selipar untuk pukul dan bunuh lipas itu. Tetapi cara itu memang agak tidak sesuai digunakan kerana mempunyai banyak keburukan.
Kajian menunjukkan bahawa dalam perut lipas ada cacing yang halus dan lembut. Cacing ini boleh hidup di luar perut lipas. Jadi kalau anda pukul lipas itu, kemungkinan yang tinggi cacing dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka.
1. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang kerap dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.
2. Setiap kali anda potong timun, jangan buang pangkal dan hujung timun tersebut. Letakkan di tempat yang banyak lipas. Memang cara ini berkesan untuk menghalau lipas.
3. Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.
4. Selain hirisan daun pandan, anda boleh juga gunakan biji buah pelaga atau kulit kayu manis. Memang lipas jenis yang tidak suka pada bauan sebegitu dan ia tidak akan membiak di situ.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam menghalau lipas dirumah.
Kredit : Mai Kitchen Kabinet Dapur
Baca juga : Wanita Ini Kongsikan Projek D.I.Y Kasut Kahwin Sendiri Yang Menarik!