Pernah tak anda mengalami di mana tikar getah di rumah anda selalu terkoyak. Masalah tikar getah selalu terkoyak sememangnya sering kali menghantui fikiran kaum ibu. Lebih-lagi apabila anda mempunyai anak yang begitu lasak sehingga tikar getah itu tercabut dengan serta merta.
Kebanyakan tikar getah murah yang terdapat di Malaysia ni adalah tikar getah yang tidak tahan lama malah ianya sangat mudah untuk terkoyak. Menerusi perkongsian daripada Puan Muaz Niyana, hal ini merupakan salah satu masalah yang sering kali beliau hadapi di rumah sewanya.
Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan cat epoxy bagi menggantikan tikar getah tersebut. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Assalamulaikum Sahabat deko,
Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewe kami bersimen sahaja.
So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.
Ingat walaupun rumah sewa jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pe lah. Kita cat bagi cantik.
Kenapa Mesti Guna Cat Epoxy Putih ? Apa Kelebihan Yang Terdapat Di Cat Ini ?
Tip-tip Penting Semasa Proses Mengecat :
Cat Epoxy jenis : NIPPON PAINT
Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.
Cost : 1 cat + 1 hardener RM86
Ratio : 1set cat boleh buat utk 150sqft.
Mana nak beli cat?
Kedai Hardware, banyak pilihan warna.
Cat Epoxy Yang Digunakan - https://shp.ee/pwfyzfp
Mudah je kan nak mengecat sendiri menggunakan cat epoxy ni. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit : Muaz Diyana