Siapa sahaja tidak terkejut apabila melihat lembaga berambut tergantung atas siling seakan pontianak. Biasanya perkara sebegini hanya dapat disaksikan dalam babak filem seram sahaja, tapi kali ini mereka menyaksikannya dengan mata mereka sendiri. Ingin tahu lembaga apa yang mereka saksikan itu? Jom sama-sama kita ikuti babak suami isteri terkejut lihat rambut tergantung macam pontianak atas siling tersebut.
Pasangan suami isteri ini begitu terkejut saat menyedari ada satu lembaga hitam berambut panjang pada siling rumah mereka. Lembaga tersebut seolah-olah akan hantu yang duduk dalam keadaan terbalik sambil rambutnya turun dari atas ke bawah. Keadaan ini boleh dikatakan agak seram seolah-olah sama seperti dalam filem seram.
Pada awalnya mereka agak berasa takut dan berfikir dua kali untuk mendekati objek atau lembaga berambut itu, namun selepas diperhatikan betul-betul, mereka baru menyedari bahawasanya objek atau lembaga tersebut adalah rambut dan kepala anak mereka.
Rupa-rupanya anak kepala meraka yang tersangkut pada lubang tersebut. Hal ini terjadi kerana pada bahagian atas rumah mereka mempunyai satu lubang sebesar 8 inci. Sebenarnya lubang tersebut dibuat adalah untuk pemasangan saluran ventilation yang digunakan sebagai lubang pemasangan kipas diantara dua tingkat kediaman mereka di puding, wilayah Guizhou, China.
Seperti yang kita tahu kanak-kanak biasanya mempunyai satu sifat ingin mencuba apabila melihat satu benda pelik. Hal ini betul-betul terjadi kepada anak mereka apabila anak mereka cuba memasukkan kepala ke dalam lubang tersebut. Tapi malangnya, selepas itu kepalanya pula tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan.
Terkejut melihat keadaan anak mereka yang tersangkut kepala itu, lantas mereka menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan kepala anak mereka dari lubang tersebut.
Cara pertama yang dilakukan oleh anggota bomba tersebut adalah salah seorang anggota bomba tersebut menolak kepala kanak-kanak perempuan itu dari bawah dan seorang anggota lagi cuba menariknya dari atas namun cubaan tersebut tidak berhasil.
Kemudian mereka cuba menyapu minyak sayur di kepala kanak-kanak perempuan itu dan melakukan cubaaan beberapa kali hinggalah mereka berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
Dikatakan kanak-kanak perempuan tersebut dikatakan tersekat di lubang tersebut lebih kurang sejam dan pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk dikeluarkan.
Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut. Kemudiannya disahkan tidak mengalami kecederaan yang serius akibat insiden tersebut.