Menjadi seorang arkitek bukanlah semudah yang disangkakan. Seperti yang anda ketahui, untuk menjadi arkitek anda memerlukan fokus yang tinggi dan ketelitian dalam menghasilkan pelan rumah. Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang arkitek adalah anda perlu ada daya imaginasi yang kreatif bagi menghasilkan lakaran rumah. Dengan itu, lakaran yang anda hasilkan akan lain daripada yang lain. Perkongsian ini adalah dari June Khalish yang merupakan seorang ibu kepada si cilik ini yang bernama Khalish Umar. Perkongsiannya adalah mengenai si cilik ini tunjuk bakat terpendam lakar pelan rumah.
Sungguh menarik dan sangat kreatif apa yang dilakukan oleh Umur Khalish ini. Biarpun si cilik ini baru bersekolah rendah, tapi bakat yang dianugerahkan kepadanya ini sangat luar biasa. Lakaran pelan rumah yang dihasilkan olehnya juga sangat teliti dan cantik seperti seorang arkitek.
Jadi jom kita tengok beberapa gambar lakaran pelan rumah dihasilkan oleh adik ini yang dikongsikan oleh ibunya dilaman sosial beberapa hari yang lalu.
Tajuk : Mahligai Idaman Dia.
Bahan : Drawing block & Pencil 2B ECO.
Dalam pada sibuk dengan PDPR, dia masih sempat menconteng, melepaskan stress barangkali
Ini adalah lakaran pelan yang dihasilkan oleh adik ini.
Ini adalah selepas habis PDPR, dia sedang gigih melukis pelan rumah.
Cantik bukan hasil lakaran yang dibuat ini?