Bahagian dapur ini sememangnya memang tak boleh kelihatan tidak cantik atau juga tidak terurus. Lebih-lebih lagi kalau para-para wanita yang suka memasak didapur. Sudah semestinya menginginkan sebuah dapur yang kelihatan moden dan cantik berseri-seri.
Seperti yang dikongsikan oleh Jaja Fuad, beliau menunjukkan hasil sebelum dan selepas renovasi sebuah dapur moden beliau yang dilakukan. Dapur tersebut telah diperluaskan agar ia menjadi lebih luas dan senang untuk meletakkan banyak perabot.
Jom kita melihat bagaimana rupa dapur beliau yang sebelumnya berbanding dengan rupa dapur selepas renovasi dilakukan ini.
Before after Kitchen renovation
Konsep modern dengan pilihan warna light grey dan sedikit dark grey. siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Kami ambil 2 contractor yang berbeza untuk renovation dan kitchen cabinet.
Bagi saya ambil 1 contractor untuk kedua-dua job lagi mudah untuk orang yang tak berapa tahu bab design n plan macam kami ni. Pening juga nak match kan ukuran bila belah sinin tanya n belah sinun tanya. Garu kepala juga lah..nasib tak botak. Kitorang pulak yang hari2 pegang measure tape.
Tiada wet dan dry kitchen. sekaliguskan je sebab mak penakut masak sorang2 di dapur. Sebab tu pintu buat folding, boleh bukak luas-luas.
Alhamdulillah, selesai juga renovasi dapur yang dilakukan ini.Inspirasi dari group deko dan juga ighometourmalaysia
Renovasi Sebuah Dapur Moden Yang Bertemakan Warna "Light Grey"
Dapur yang asal sebelum dah ada namun saya buat lagi renovasi dapur ini dengan extendkan lagi dalam 9 kaki x 14 kaki. Nak jadikan lebih luas dan memanjang lagi.
Proses renovasi yang sedang dilakukan pandangan daripada luar.
Alhamdulillah, siap juga renovasi bahagian dapur yang dilakukan ini. Depan esbok tu anak-anak bole guling teman mak diorang memasak.
Siang bukak pintu luas-luas bila memasak je. Semerbak bau bil.
Sebelum pasang langsir, seram pulak malam2 kalau ada yang perati.
Gambar dibawah ini adalah dapur sebelum. Beli rumah subsale dah ada kitchen. Cabinet ni ada yang bagi pada kawan.
Dapur dan hood ni pun beri pada kawan.
Sumber : Jaja Fuad